Abdullah Munsyi – Penilaian Negatif dan Positif

Abdullah Abdul Kadir Munsyi adalah Bapa Kesusaseraan Melayu Moden. Ramai pengkaji berpendapat bahawa Abdullah adalah orang pertama yang melahirkan kesusasteraan Melayu Moden yang mengenengahkan kesusasteraan melalui apa yang dirasa dan dilihatnya. Berbeza dengan kesusasteraan lama yang sentiasa berkisar dengan cerita-cerita khayalan dan tahyul.

Beliau telah melahirkan dua buah novel autobiografi iaitu Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah ke Terengganu dan Kelantan. Melalui pemerhatiannya, beliau banyak mengkritik orang-orang Melayu. Beliau melihat kemerosotan kedudukan feudal Melayu dan kedudukan sosial masyarakat Melayu yang amat menyedihkan. Dalamasa yang sama beliau memberitahu dan menghargai bagaimana baiknya pemerintahan penjajah.

Walaupun demikian ada sarjana Melayu yang menyifatkan Abdullah sebagai seorang yang kacau dan tidak mempunyai jati diri. Konsep pemikiran beliau sebenarnya telah keluar dari acuan sastera klasik lalu masuk kepada pembaharuan alam pemikiran Melayu Moden yang lebih progresif.

Dalam Kisal Pelayaran Abdullah, abdullah mengkritik orang Melayu dengan berkata “Dan lagi, sepanjang jalan dan lorong penuh dengan sampah dan kotor dan becak dan semak-semak, penuh dengan ular, hampir-hampir harimau pun boleh tinggal; itu tidak mengapa?”

Ada lagi kritikan beliau ketika melawat Kelantan dengan mengatakan bahawa orang Kelantan tidak mementingkan kebersihan, suka bermain judi, tidak berilmu pengetahuan dan malas. Kritikan yang dibuat itu tidak disenangi dan dipandang rendah oleh kebanyakan pengkaji sastera dan budaya.

Dalam situasi yang lain, Abdullah mengkritik Raja-raja Melayu yang bersikap zalim terhadap rakyat. Tulisan begini telah didapati menyimpang dari sastera Melayu Klasik yang sentiasa mengagungkan Raja-raja. Sebagai contohnya. “Maka pada sangka sahaya,inilah sebabnya menjadi miskin negeri Pahang itu. Maka sekalian orang yang duduk dalam negeri itu sentiasa dengan ketakutan akan aniaya dan loba raja-raja dan orang-orang besar. Maka adalah fikiran mereka itu, ‘Apa guna rajin kita itu? Maka jikalau mendapati sedikit wang atau makanan, nescaya dilobakan dan dirampas oleh orang besar itu”

Beliau mengutuk sikap dan perbuatan orang Melayu yang tidak membawa manafaat seperti malas, membuang masa, bergaduh dan tidak mementingkan bahasa sendiri.

Memang benar jika dilihat keadaan orang-orang Melayu pada ketika itu rata-ratanya berperangai dan bersifat negatif yang tidak sepatutnya ada pada Manusia Melayu beragama Islam. Keadaan demikian juga berlaku sehingga kini, tetapi mungkin dalam bentuk yang lain.

Abdullah cuba menerapkan perubahan dalammasyarakat Melayu dengan cara yang kasar lalu beliau dianggap sebagai melakukan kesalahan besar.

Beliau mempunyai hubungan yang amat rapat dengan penjajah sehinggakan beliau ingin menterjemahkan kitab Injil kedalam Bahasa Melayu. Disebabkan itu, beliau telah digelar ‘Paderi Abdullah’.


Lebih mengeruhkan suasana, Abdullah telah memuji Sir Stamford Raffles yang dikatakan sebagai mempunyai kepeibadian mulia yang tidak ada pada pembesar Melayu. Malahan beliau menggambarkan Raja-raja Melayu sebagai tidak berilmu dan sering berebut kuasa.

Jika difikirkan secara positif, kritikan beliau itu mempunyai nasihat yang amat baik kerana akibat dari perebutan kuasa Raja-raja Melayu telah memudaratkan rakyat jelata. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa akibat dari peperangan dan gilakuasa itu telah menjadikan Tanah Melayu dengan mudah dijajah oleh kuasa-kuasa Eropah.

Satu pembaharuan yang dilakukan oleh Abdullah adalah menerusi bahasa. Beliau telah meninggalkan pengaruh bahasa Klasik ke bahasa Moden. Beliau juga telah membuat terjemahan karya dari bahasa asing ke bahasa Melayu. Abdullah sebenarnya memberi ruang kepada orang orang Melayu Islam untuk membuat perbandingan antara kebenaran Islam dan kekhilafan Kristian.

Tanggapan orang yang mengatakan bahawa Abdullah terlalu taksub dengan budaya Barat boleh dipertikaikan kerana beliau juga turut mengkritik Barat dengan mengisahkan kerendahan moral orang Eropah yang ditemuinya termasuk Raffles dan kuncu-kuncunya yang gemar mabuk.

Kecaman beliau tidak mengenal sesiapa seperti “Bermula, maka diantara seratus orang tiada dua orang yang mengerjakan pekerjaan agama seperti sembahyang yang mana pekerjaan yang di fardhukan Allah keatasnya”. Bukankah itu satu kritikan berupa dakwah kepada umat Islam yang lalai mengerjakan kefardhuan Allah atasnya.

Karya-karya Abdullah seharusnya mendapat penelitian dan kupasan dari segenap lapisan masyarakat. Banyak aspek yang boleh di kaji hasil dari karya pemikiran Abdullah yang boleh dijadikan iktibar untuk orang-orang Melayu dan orang-orang Islam. Selamat membaca dan selamat berfikir.

11 Responses to Abdullah Munsyi – Penilaian Negatif dan Positif

  1. sharifah nurzierah says:

    banyak yang saya dapat dari blog ini.
    dari A-Z
    harap banyakkan lagi info tentang Abdullah Munsyi terutamanya sumbangan beliau terhadap kesusasteraan bahasa melayu.
    Terima kasih.

  2. muslimah says:

    tq..
    info ni banyak membantu saya dan rakan2..

  3. arjuna says:

    insyaalah.. manafaatkan pengetahuan anda..

  4. afyf says:

    sangat membantu saya untuk menghadapi ujian 1. terima kasih

  5. nanadi says:

    xsfgt ,me,mbaNHTY XSAywe..

  6. Saad says:

    Abdullah Munsyi adalah orang yang bertanggungjawab bersekongkol dengan british menghasilkan bible versi melayu yang pertama di tanah melayu…

  7. normaliza says:

    Abdullah Munsyi mempunyai pandangan yg berbeza…..

  8. sonia says:

    sangat bermanfaat

  9. Anonymous says:

    Munsyi Abdullah atau nama Yahudinya Moshe Havdallah ADALAH TALIBARUT INGGERIS

  10. al-ghazali says:

    Semasa saya membaca hikayat abdullah munsyi yang di tulis oleh beliau sendiri. Pada ketika bangsa melayu menentang penjajah, beliau satu2nya manusia ‘bukan bangsa melayu’ memuji2 bangsa inggeri, barat dan belanda.

    Pujian beliau itu seumpama bangsa inggeri ini seperti wali allah. kedatangan bangsa inggeris dan belanda adalah di sebabkan ‘adanya’ abdullah munsyi, abdullah munsyi yang mengajar orang kafir ini selok belok orang melayu dan cara2 untuk menambat hati orang melayu. beliau menterjemahkan bibel

    Seandainya ada orang melayu yang masuk krstian, beliau akan di pertanggungjawabkan di akhirat kelak. Beliau memang talibarut orang kafir laknatullah.

  11. Ani Umar says:

    Boleh baca di sini tentang Munshi Abdullah terjemah Bible. Artikel ini ditulis oleh Dr Mashitah dalam Sinar Harian;

    http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/dr-mashitah-ibrahim/munshi-abdullah-dan-bible-melayu-1.52540

Leave a reply to al-ghazali Cancel reply