Menternak Ayam

“Asalamualaikum Jo”, aku memulakan perbualan ditalipon dengan kawan lama aku. “Walaikum salam, eh ko apa kabar? Lama tak dengar cerita?” Jawab kawan aku Jo. “Yelah sebab lama tak ada beritalah aku talipon ko ni sekurang-kurangnya aku nak ucapkan Selamat Hari Raya dan minta maaf sebab masa ko eksiden masuk hospital dalam bulan puasa aritu aku tak dapat jenguk ko..” jawabku.

“Oh.. its ok.. aku dah sembuhpun, kaki aku yang terbakar tu pun dah 90% recover, cuma tinggal parut saja” Jawab kawan aku lagi. Perbualan berterusan dengan gurau ketawa penuh nostalgia.

Akhirnya, aku berkata kalau ada peluang aku akan berjumpa dia handak bersembang lebih panjang lagi sambil pekena teh tarik di mana-mana kedai mamak berhampiran. Lalu dia berkata “Eh.. kalau ko nak jumpa aku malam ni boleh jugak, aku ada direban ayam sebab malam ini aku akan tunggu lori untuk mengangkut ayam-ayam aku”. Aku bertanya “Banyak ke ayam ko tu?” Dia menjawab “Malam ni tiga lori aku jual, minggu depan lagi tiga lori”. “Wahh.. banyak tu Jo! Ok lah.. aku nak pergi jumpa ko malam ni nak tengok bagaimana perkembangan ko selama ini” tegas aku.

Jadinya selepas Maghrib aku pun bertolak ke Kampung Gajah, kampung bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib tu. Sampai sahaja di Kampung Gajah aku terpaksa menunggu Jo selama satu jam kerana beliau baru sahaja bertolak dari Batu Gajah semasa aku sampai. Perjalanan nya sejauh 40km.

Pukul 9.30 malam kamipun berjumpa di suatu simpang, lalu Jo memandu keretanya menghala ke Bota Kiri dengan diikuti oleh aku memandu dibelakangnya.

Kami melalui jalan yang gelap dan sunyi sehinggalah kereta kami memasuki kawasan kampung dengan jalannya berbatu kelikir sejauh 500 meter. Dari jauh kelihatan cahaya lampu spotlight yang menyuluh jalan berbatu kelikir tadi. Manakala kami terus menuju ke satu kawasan seluas lebih kurang seekar yang terbina sebuah bangunan reban ayam setingkat yang panjangnya 100 meter dengan lebar lebih kurang 25 meter.

Bersebelahan dengan bangunan tersebut ada sebuah bangunan rumah sederhana besar berukuran lebih kurang 10 meter persegi.

Apabila sahaja kami meletakkan kereta, kami disambut dengan anjing-anjing yang berkeliaran. Walaubagaimanapun, Jo telah mententeramkan anjing-anjingnya lalu anjing-anjing tersebut tidak lagi menganggu kami.

Setelah berbual lebih kurang 15 minit dirumah sederhana kecilnya, kami diajak untuk melihat keadaan didalam reban ayam tersebut. Reban itu dibuat dua tingkat dengan dilengkapi sistem penghawa dingin.

Di tingkat bawah, terdapat 9500 ekor ayam yang beratnya lebih kurang 2 kilo seekor manakala di tingkat atas juga ditempatkan 9500 ekor ayam, bermakna kesemua ayam Jo berjumlah 19,000 ekor ayam.

Ayam-ayam yang hendak dijual pada malam itu telah berumur 36 hari atau 3 bulan. Nampaknya Jo terpaksa tidur direban pada malam itu kerana kerja-kerja menangkap dan mengangkut ayam-ayam akan bermulapada pukul 1 pagi dan mungkin berakhir pada pukul 3 pagi.

Jo telah mengikat perjanjian dengan Ayam Dinding Sdn Berhad selama lebih 3 tahun. Oleh itu beliau telah mempunyai pengalaman yang cukup untuk menternak ayam dan juga mengetahui selok belok pemakanan dan penyakit ayam.

Menurut Jo, setelah ayam-ayamnya di jual, kerja kerja mengumpul najis ayam akan dilakukan. Biasanya dia akan mendapat sebanyak 1000 guni najis yang harganya RM3 seguni. Ini bermakna, Jo akan mendapat sebanyak RM3,000 apabila najis-najis itu dijual.

Setelah mendapat sedikit sebanyak penerangan dan berbual berkenaan dengan projek ayam, projek pertanian fertigasi dan sebagainya, kamipun mengucapkan selamat tinggal dan Jo akan meneruskan pekerjaannya menangkap ayam. Begitulah kisah seorang kawan yang berhenti ‘makan gaji’ dan berjaya menjalankan perniagaan penternakan ayam. Aku berbangga kerana usaha-usaha Jo yang selama ini bersusah payah telah mendapat berkat dan ber hasil. Jo akan dianugerahi Usahawan Tani pada tahun ini.

Oleh itu bagi yang berminat untuk menjalankan projek Penternak Ayam secara kontrak, berikut disediakan beberapa panduan yang mungkin boleh membantu. Walaupun demikian, moral dari cerita benar diatas adalah seseorang itu boleh berjaya dalam apa jua bidang dengan syarat, kuat berusaha, kuat berdoa dan bertawakkal.

Mari kita lihat panduan dibawah:

Skim kontrak ternakan ayam

Di dalam sistem integrasi ternakan ayam daging, beberapa komponen seperti ladang ayam pembiakan dan penetasan, pengilang makanan ternakan, kesihatan ternakan, loji pemprosesan, pengembangan dan pemasaran ayam adalah dikawal oleh sesebuah syarikat yang besar yang juga dikenali sebagai integrator. Pemeliharaan ayam daging biasanya dilakukan oleh penternak secara kontrak di bawah kelolaan integrator tersebut.

Integrator

Mereka ini terdiri daripada Kentucky Fried Chicken (KFC), Pertanian Charoen Pokphand (CP), Goldkist, Leong Hup, Cargill dan Malayan Flour Mills (MFM} atau Ayam Dindings Sdn Bhd.

Peranan penternak

Peranan penternak adalah memelihara anak-anak ayam dengan makanan dan lain-lain input yang telah dibekalkan oleh integrator. Tetapi sebelum dibekalkan dengan segala input yang isebutkan, surat perjanjian atau kontrak mestilah ditandatangani dengan pihak integrator terlebih dahulu.

Kontrak

Penternak hendaklah bersetuju memelihara anak-anak ayam dengan menggunakan makanan/ubat-ubatan dan mematuhi syarat-syarat dan nasihat yang diberikan oleh integrator. Harga anak ayam dan makanan termasuk harga ayam akan ditetapkan. Jika bersetuju dengan syarat-syarat dan harga anak ayam, makanan dan harga ayam daging yang akan dibeli semula oleh integrator, surat perjanjian atau kontrak dengan pihak integrator akan ditandatangani.

Kebaikan menyertai skim kontrak

1. Tidak memerlukan modal yang banyak untuk memulakan projek. Cuma perlu membiayai pembinaan reban dan peralatan serta bekalan api dan air.

2. Sebagai seorang penternak kontrak, apabila ayam telah cukup umur dan beratnya pihak integrator akan membeli semula ayam-ayam daging yang telah dipelihara.

3. Masalah turun naik harga yang sentiasa berlaku tidak akan menjejaskan anda. Anda akan dibayar dengan harga di ladang yang telah ditetapkan seperti yang terdapat di dalam kontrak anda dengan pihak integrator.

4. Bekalan anak ayam, makanan, ubat-ubatan dibekalkan secara kredit. Input-input ini akan dibayar kepada integrator selepas ayam anda dijual kepada integrator tersebut.

Apabila kontrak telah ditandatangani dan reban serta peralatan-peralatan lain telah disediakan, anak ayam dan makanan akan terus dihantar ke reban.

Tempoh kontrak

Ada yang mengikat kontrak untuk 1 atau 2 tahun. Tetapi, jika penternak yang baik prestasi pemeliharaan ayam daging tersebut, kontrak tersebut boleh diperbaharui selepas tamat. Tetapi jika didapati tidak memelihara ayam-ayam daging dengan baik dan selalu cuai atau rugi, kontrak boleh dibatalkan bila-bila masa oleh pihak integrator.

Caranya mendapatkan kontrak

1. Mesti mempunyai tanah yang sesuai dan yang boleh dimasuki oleh lori. Jika tidak terdapat jalan yang sesuai, sukar bagi lori untuk masuk menghantar anak ayam dan makanan ke reban.

2. Mesti mempunyai modal yang cukup untuk mendirikan reban mengikut panduan daripada pihak integrator, membeli peralatan bekas makanan dan minuman dan lain-lain serta kemudahan air dan api.

3. Hubungilah integrator berdekatan yang bergiat menjalankan skim ini. Tetapkan temujanji untuk pihak integrator pergi melihat tanah yang dicadangkan sebagai tapak ternakan ayam daging kontrak tersebut.

Jika pihak integrator telah bersetuju dengan tapak tanah dan syarat-syarat kontrak dipersetujui, kontrak boleh ditandatangani sebelum reban didirikan.

Latihan dan pengalaman yang diperlukan

Latihan dan pengalaman memang perlu. Malah jika telah dilatih untuk menternak ayam daging secara komersial, peluang untuk mendapatkan kontrak adalah lebih cerah lagi. Tetapi latihan saja bukanlah syarat yang utama untuk mendapatkan kontrak. Malah ramai penternak yang telah berjaya tidak pernah mendapat latihan yang formal.

Tempat latihan

Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Pergilah ke Pejabat Haiwan yang berdekatan untuk maklumat lanjut tentang kursus dan tarikh yang sesuai.

Jabatan Perkhidmatan Haiwan mempunyai 3 buah pusat untuk memberi latihan yang diperlukan untuk menternak ayam daging secara komersial. Pusat-pusat tersebut adalah seperti berikut:

1. Pusat Latihan dan Ternakan Ayam Cheras, Selangor.

2. Pusat Latihan dan Ternakan Ayam Ayer Keroh, Melaka.

3. Pusat Latihan dan Ternakan Ayam di Marang, Kuala Terengganu, Terengganu.

Kursus ayam daging secara komersial yang dijalankan memakan masa selama 6 minggu.

Peranan integrator?

Selepas reban dan kemudahan asas disiapkan, anak ayam dan makanan akan dihantar ke reban. Selain daripada. membekalkan anak ayam, makanan, ubat-ubatan dan khidmat nasihat, integrator akan memasarkan ayam-ayam yang telah dipelihara dengan harga yang telah ditetapkan di dalam kontrak yang telah dipersetujui dan tandatangani.

Ladang Penternak Ayam Kontrak

Syarat-syarat kontrak

Di antara syarat-syarat utama yang perlu penternak patuhi adalah seperti berikut:-

1. Tidak membeli anak ayam dan makanan secara kredit daripada integrator/syarikat lain.

2. Memelihara ayam-ayam yang dibekalkan dengan baik.

3. Tidak menjual ayam-ayam atau makanan yang dibekalkan kepada orang lain.

4. Bertanggungjawab ke atas semua kos yang terlibat sehingga ayam yang dipelihara dijual.

5. Menjaga kebersihan ladang dan pengurusan seperti yang dikehendaki oleh integrator.

Selain daripada syarat-syarat am di atas, pihak integrator mungkin ada syarat-syarat yang lebih khusus lagi. Pastikan telah benar benar faham dengan kontrak sebelum ianya dipersetujui. Sebagai contoh, ada pihak integrator yang mahukan ayam dihantar ke pusat pemprosesan dengan berat badan yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

Syarat-syarat yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi. Prestasi penternakan juga adalah diawasi oleh integrator. Jika tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan prestasi penternakan pula rendah, kontrak mungkin dibatalkan pada bila-bila masa.

Cara mendapatkan keuntungan dari sistem kontrak

1. Jika anda adalah penternak yang masih baru dan belum berpengalaman, mulakan ternakan anda dengan bilangan minima yang ditetapkan oleh integrator. Tetapi, apabila telah berpengalaman, tingkatkan bilangan ayam yang anda pelihara. Jika anda seorang penternak yang gigih dan dibantu pula oleh keluarga, 10,000 ekor ayam bagi satu pusingan adalah dicadangkan (setahun anda boleh memelihara sebanyak 5 pusingan).

2. Kurangkan kematian di bawah paras 4% sahaja untuk memperbaiki keuntungan bersih.

3. Jangan membazir makanan. Sentiasa periksa kedudukan bekas makanan ayam anda. Kedudukan bekas makanan yang terlalu rendah bagi ayam yang telah berumur 2 minggu ke atas menyebabkan makanan terbuang dan akan menyebabkan pembaziran.

4. Pastikan sistem pengurusan, termasuk kesihatan ayam yang dipelihara sentiasa diberi perhatian.

Siapakah yang menyediakan ubat-ubatan dan khidmat nasihat?

Pihak integrator. Malah pihak integrator akan menghantar wakil-wakil mereka untuk memberi khidmat nasihat yang anda perlukan.

Dari mana pelan dan anggaran kos reban ayam boleh diperolehi?

Kebanyakan integrator mempunyai pelan reban yang mana anda terpaksa ikuti. Anggaran kos mendirikan reban juga~ada disertakan.

Jika ingin menternak 5,000 ekor ayam, berapa banyakkah modal untuk reban dan peratatan yang diperlukan untuk menternak ayam?

Oleh kerana harga bahan-bahan seperti kayu, atap, upah dan lain-lain adalah berbeza mengikut tempat, anda mestilah mempunyai modal di antara $15,000 – $20,000 untuk reban dan peralatan yang diperlukan.

Adakah integrator menetapkan bilangan minima ayam daging yang ingin dipelihara?

Ada. Kebanyakan integrator bersetuju mengadakan kontrak dengan anda jika anda ingin memelihara di antara 3,000-4,000 ekor ayam daging satu pusingan.

Pastikan dengan integrator yang telah anda pilih berapa bilangan minima ayam daging yang membolehkan anda memulakan ternakan secara kontrak tersebut.

Berapa kali pemeliharaan boleh didapati bagi setahun?

Ia bergantung kepada kontrak. Jika kontrak yang anda perolehi memerlukan ayam berumur 35 – 40 hari, anda boleh memelihara sehingga 6 kali setahun. Tetapi, jika anda dikehendaki memelihara sehingga 45 – 50 hari, anda boleh memelihara sebanyak 5 kali pusingan/tahun.

Jika kekurangan wang sebagai modal untuk pembinaan reban dan pembelian peralatan yang diperlukan, bolehkah meminjam daripada bank?

Boleh. Tetapi biasanya bank akan membiayai 60 – 70% daripada modal keseluruhan untuk tujuan pembinaan reban dan pembelian peralatan tersebut. Hubungilah bank yang berdekatan untuk keterangan lanjut.

Adakah skim kontrak ternakan ayam daging ini menguntungkan?

Tentu sekali. Secara am anda boleh mendapati 30 – 40 sen untung bersih bagi setiap ekor ayam yang anda jual. Jika kematian ayam rendah, mungkin anda boleh mendapat untung yang lebih tinggi lagi. Pastikan makanan ayam daging yang dibekalkan digunakan dengan cekap agar kadar tukaran makanan (FCR) anda mencapai 2.0 – 2.1 pada berat ayam 2 kg hidup.

Apakah kadar tukaran makanan atau FCR tersebut?

Kadar tukaran makanan, atau FCR itu ialah satu nilai yang menggambarkan banyak makanan yang diperlukan oleh seseekor ayam untuk menukar makanan kepada daging. Sebagai contoh, jika kadar tukaran makanan ayam daging anda 2.2, ini bermakna anda terpaksa memberi 2.2 kg makanan untuk ditukarkan menjadi 1 kg daging.

Kadar tukaran makanan ini bergantung kepada beberapa faktor. Di antaranya:-

1. Kuatiti dan baka anak ayam

2. Kualiti dan jenis rnakanan yang diberikan

3. Kadar kematian.

4. Pembaziran makanan akibat daripada kecuaian untuk menetapkan ketinggian bekas makanan.

5. Pengurusan keseluruhannya termasuk status penyakit di ladang ternakan.

Oleh kerana kualiti makanan dan anak ayam yang diberikan oleh pihak integrator adalah terjamin, anda mestilah mengawasi kadar kematian ayam-ayam daging yang anda pelihara. Jika ayam yang ada pelihara mati, makanan yang selama ini diberikan kepada ayam tersebut adalah sia-sia sahaja. Ini yang menyebabkan kadar tukaran makanan ayam daging anda menjadi 2.5 atau 2.6 dan sebagainya.

Kadar tukaran makanan yang baik adatah dalam lingkungan 2 pada berat badan 2 kg, iaitu ayam daging anda memerlukan 2 kg makanan untuk ditukar menjadi 1 kg daging.

Adakah penternak yang mengalami kerugian daripada kontrak ayam daging ini dan kenapa?

Ada. Terdapat beberapa sebab. Di antaranya disebabkan oleh:

1. kematian yang melebihi 5%

2. kadar tukaran makanan sehingga melebihi 2.25 pada berat badan kg. 2 (hidup)

Adakah pihak integrator datang menangkap ayam yang telah cukup berat dan umurnya.

Tidak semestinya. Ada integrator yang datang menangkap ayam di reban. Tetapi, ada juga yang mahukan anda menghantarnya ke loji pemprosesan ayam.

Oleh kerana sema input diberi secara kredit, bagaimana hutang terhadap integrator diselesaikan?

Sebelum ayam anda dikeluarkan oleh integrator dari ladang atau selepas ayam tersebut sampai di loji pemprosesan, ayam akan ditimbang. Pendapatan anda akan ditentukan. Pihak integrator akan menolak semua kos anak ayam, makanan, ubat-ubatan yang telah anda gunakan. Bakinya adalah milik anda. Tetapi jangan lupa selesaikan hutang bank anda terlebih dahulu, jika anda masih belum habis menjelaskan hutang untuk pembinaan reban dahulu.

Bagaimana boleh berjaya dalam ternakan ayam daging berkontrak

1. Anda mesti lah seorang yang berdisiplin dan bersungguh-sungguh semasa menjalankan kontrak ternakan tersebut.

2. Sistem kontrak ini bukan tajaan kerajaan. Pihak integrator tidak akan meneruskan kontrak jika anda didapati tidak berminat untuk meneruskannya. Prestasi anda sentiasa diawasi.

3. Untuk mencapai kejayaan dan keuntungan, anda mestilah meneruskan projek ini sekurang-kurangnya selama 5 tahun berturut-turut. Jika selepas 1 atau 2 pusingan ancla berhenti atau diberhentikan, hutang dari pinjaman anda pun tidak mungkin habis dibayar.

4 Responses to Menternak Ayam

  1. aida says:

    Aida cuba bayangkan si Jo sedang menangkap ayam2nya malam tu…. riuh rendah agaknya. Ye lah, ayam tengah tido. kalau buat sorang memang letihlah. kenapa Arjuna tak tolong tangkap ayam sekali. mesti seronok dan dapat pengalaman baru ! kena bawa bekal baju lah, nanti tahi ayam penuh kat badan. Ada cerita pasal ayam Arjuna nak dengar ? kawan Aida perempuanlah, bela ayam kat kampong di Alor Star. Adalah dalam ratus ekor gak. Entah macam mana malam tu ribut, lampu dlm reban ayam tu bergoyang2 , mungkin terlalu panjang sgt agaknya wayar lampu tu.. Huru hara ayam dalam reban tu, lari ke kiri, lari ke kanan, pijak sesama sendiri.. akhirnya ayam2 tu byk yang mati dan ada pun hidup, nak makan pun tak lalu nengok, pasal ropanya teruk sekali. Tulah kan, kalau nak membela ni kena gi kursus dulu ! Tahniah lah pada kawan Arjuna tu. Semoga Jo bertambah maju lagi !

  2. I wanted to compose you this very small observation just to say thank you as before for your personal precious pointers you’ve documented above. This is extremely open-handed with you to provide extensively exactly what a lot of people could possibly have advertised for an ebook to earn some money on their own, chiefly considering the fact that you could possibly have done it in the event you wanted. The pointers likewise acted to be a great way to understand that some people have the identical passion much like my own to grasp lots more on the topic of this issue. I know there are millions of more pleasurable situations in the future for people who take a look at your blog.

  3. Toyota Surabaya…

    [...]Menternak Ayam « Arjuna’s Weblog[...]…

  4. of course like your web site but you need to check the spelling
    on quite a few of your posts. Many of them are rife
    with spelling problems and I in finding it very troublesome to inform the truth however I’ll certainly come back again.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: