Terimakasih

Memang sepatutnya aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan aku akal fikiran, nikmat iman, nikmat rezeki, nikmat berkeluarga, nikmat roh dan segala-galanya lahir dan batin. Semuga juga aku tidak lupa bersyukur sepanjang hayatku.

Walaupun begitu aku juga berterimakasih kepada beberapa orang yang telah menjadi ‘role model’ dan ‘reference’ didalam hidupnya. Aku takut tidak sempat berjumpa semula dengan mereka atau mungkin aku melupai mereka. Oleh itu aku catatkan sedikit sebanyak tentang jasa-jasa yang mereka curahkan kepada ku.

Mungkin juga mereka tidak menyedari atau tidak mengungkit jasa-jasa mereka terhadapku tetapi aku tetap mengungkit kerana mereka ini amat bermakna disepanjang hayatku. Mereka mempunyai kekuatan tersendiri yang susah untuk dijumpai dia maya pada ini, tambahan pula dengan sikap nafsu-nafsi zaman sekarang yang hanya mementingkan kebendaan. Ini lah mereka yang sempat aku rakamkan.

Bapak Arena Wati

Bapak Arena Wati (nama pena) atau nama sebenarnya Muhammad Abdul Biang adalah seorang Sasterawan Negara yang dikenali ramai terutamanya dikalangan peminat-peminat sastera Melayu. Aku mula mengenali beliau semasa aku dia tahun 2 UKM walaupun aku pernah mendengar namanya sebelum itu diakhbar-akhbar dan majalah-majalah menerusi cerpen-cerpennya. Ketika itu, bilik aku bersebelahan dengan bilik nya (bilik fellow) dan beliau adalah pensyarah jemputan di fakulti kami. Beliau telah mengajar aku erti kesusasteraan dan tamadun manusia. Dimana letaknya manusia , dari mana dan kemana tujuannya. Walaupun sudah kita faham bahawa dari mana dan kemana adalah kehidupan, tetapi beliau telah mengajar aku menyelami akan pengisian dari mana dan kemana tujuan manusia. Tambahan lagi, amat penting bagi aku berfikir dan menyelami pengertian akan pembahagian manusia dan tamadunnya.

Biasanya waktu malam selepas study aku dan kawan-kawan berkunjung kebiliknya untuk berbual dan mendengar celotehnya. Dan sudah menjadi lumrah, dia kan menyangkut seikat pisang di tombol pintu masuk bilik aku pagi-pagi lagi. (Untukaku bersarapan mungkin…)

Semasa menghadiri kuliah-kuliah beliau banyak assignment telah diberikan. Dalam banyak-banyak assignment itu aku telah mencapai sedikit dari apa yang di curahkan, maka aku telah diberikan hadiah sebuah buku karangan beliau sendiri bertajuk ‘Dusun’. Bagi aku dia adalah seorang akademik yang berpegang teguh pada ugama dan adat.

Dibiliknya terdapat berbagai-bagai jenis buku dalam berbagai-bagai bahasa. Biasanya beliau menulis diatas lantai manakala radio sentiasa dipasang tanpa henti diatas mejanya. Beliau terlalu menghayati sesuatu penulisan sehinggakan beliau pernah berpakaian ‘kimono’ hanya kerana beliau hendah menjiwai watak orang jepun dalam triloginya ‘Sakura Mengorak Kelopak”

Belialu telah menghasilkan banyak buku-buku kajian, novel, cerpen dan kertas kerja sepanjang hayatnya. Aku telah mengumpulkan sebahagian dari karya-karya beliau yang unik.


Terimakasih Bapak kerana telah mengajar aku erti berfikiran bebas, menyelami perasaan dan fikiran, ketuhanan dan kehambaan.

Kata-kata beliau kepada aku (semasa aku hendak membeli kasut baru) yang masih segar diingatan adalah “Kasut tu baik untuk kaki, tak baik untukotak”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: