Dari mana datangnya…

Bahasa berkias pada pantun Melayu semakin membawa erti yang mendalam. Lihatlah betapa syahdunya gambaran percintaan diukir dalam bait2 dan rangkap2 pantun yang seimbang.

jika tidak kerana bulan,
masakan air pasang pagi?
jika tidak kerana tuan,
masakan saya datang ke mari?

anak angsa terenang-renang,
itik jati dalam perahu;
duduk jauh terasa bimbang,
duduk dekat terasa malu.

gelang emas di atas peti,
ambil lampu padam pelita;
barulah puas rasanya hati,
jika dapat bertentang mata.

dari mana punai melayang?
dari paya turun ke padi;
dari mana datangnya sayang?
dari mata turun ke hati

apa guna pasang pelita
kalau tidak dengan sumbunya?
apa guna bermain mata
kalau tidak dengan sungguhnya?

apa tanda hari nak petang?
anak merbah terciap-ciap;
apa tanda cinta nak datang?
darah di dada gerap-gemirap.

tinggi-tinggi si matahari,
anak kerbau mati tertambat;
sudah lama saya mencari,
baru sekarang saya mendapat.

layang-layang sambar kenari,
madu kelapa dalam tampiran;
hancur luluh rasanya hati,
jika tidak memandang tuan.

burung merpati meniti batang,
terbang kumbang meniti udara;
wajah tuan bila ku pandang,
bagai melihat pintunya syurga.

kuda kelabu menyeberang,
terendam hati pelananya;
hati gila mabuk seorang,
tuanlah sebab kerananya.

bunga rampai di dalam puan,
bunga selasih di dalam peti;
sebelum jumpa dengan tuan,
sungguh hidup serasa mati.

7 Responses to Dari mana datangnya…

  1. aida says:

    Daun kesum bunga kantan,
    Dibawa jual di Pekan Rabu
    Indah sungguh pantun tuan
    Terasa ingin cepat bertemu….

  2. Arjuna says:

    nak kena jawa juga ke ni…
    ok cam ni

    tanam rambutan ditepi rumah,
    kalau berbuah bolehlah makan,
    asal berjumpa beramah tamah,
    semuga bertambah rakan dan taulan.

  3. aida says:

    Ikan keli,ikan betuk,
    Masak lemak dlm periok,
    Alamak Arjuna mata i dah ngantok,
    Nanti i jawap pantun u besok….

    heee, bye selamat malam

  4. kay says:

    awal lagi dah ngantok aida…
    ni jawapan i ye arjuna

    ramainya orang menanam padi
    padi ditanam ditanah cik seri
    harap-harap arjuna sudi
    kami berdua jadi penyeri

    ok tak pantun i arjuna….hehe

  5. arjuna says:

    aida tu ada appointment kot kay…
    ok lah pantun u… boleh dibawa kemana2…

    kay..serikan selagi boleh…

  6. aida says:

    pasang pelita tepi kolah,
    duduk termenong sejoknya nak mandi,
    mlm tadi x der janji lahhhh,
    hubby tertidor x sedar diri…
    aku pun gigit jari…

    wuuaaahhhh…
    (suka ler kau org dengar ye)

  7. aida says:

    ada lagi …..

    Asam pedas ikan tenggiri,
    Makan dengan jeruk binjai, (sodap tu)
    Rakan di blog penghibur hati,
    Ketawa gembira mengilai-ngilai.

    satu ..satu…lagi leh x?

    Cantik sungguh Pantai Puteri,
    Cantik lagi Pulau Redang,
    Kawan yg baik patuhlah berjanji,
    Rahsia kita jgn bagitahu orang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: