Anwar Ibrahim kata.. “Nganga…!!”

Khalid bin Walid

Khalid bin walid berasal dari keturunan bangsawan Quraisy. Beliau dimuliakan oleh kaumnya pada masa jahiliah dan pada masa Islam. Sebelum masuk Islam dia adalah panglima perang dari kaum Quraisy dan pernah menghadang pasukan Islam sebalik bukit-bukit kota Mekah, dimasa Nabi Muhammad SAW hendak menakluki Kota Mekah.

Setelah perjanjian damai Hudaibiah, beliau menyusul Nabi Muhammad SAW ke Madinah bersama-sama dengan tokoh-tokoh Quraisy lainnya yaitu Amr bin Ash dan Uthman bin Talhah, lalu menyatakan beliau ingin masuk Islam kepada Nabi SAW, agar dosa-dosanya yang telah silam dapat diampuni. Maka Nabi SAW menjawab, “Sesungguhnya keIslaman itu menghapus segala perbuatan dosa yang telah lalu”. Nabi juga mendoakan agar dosa Khalid bin Walid yang telah lalu mendapat keampunan Allah.

Khalid bin Walid terkenal sebagai seorang jeneral dan pahlawan yang berjaya menghapuskan musuh-musuh Islam, baik pada masa khalifah Abu Bakar dan khalifah Umar bin Khattab. Ia sangat ahli dalam siasat, taktik dan stategi perang seluruh tanah Arab, kerajaan Parsi dan Rom sehingga pasukan Islam mendapat kemenangan yang gilang gemilang.

Dalam riwayat ringkas ini, kita boleh meneliti bahawa ketinggian budi dan kerendahan hati Khalid bin Walid sebagai seorang jeneral dan pahlawan besar. Ada dua contoh yang perlu kita perhatikan:

  1. Setelah 3 orang Panglima yaitu Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah, syahid di dalam peperangan Muktah, bendera perang yang dipegang oleh Tsabit bin Arqam telah diserahkan kepada Khalid bin Walid dengan berkata “Peganglah bendera ini Abu Sulaiman”. Jawab Khalid bin Walid “Aku tidak pantas memegangnya kerana ada orang yang lebih layak memimpin pasukan dari diriku, iaitu golongan Muhajirin dan Anshar. Aku belum layak, yang lebih layak adalah orang yang ikut dalam perang Badar”. Seterusnya, Tsabit bin Arqam berkata “Ambillah dan peganglah, anda lebih mengerti tentang siasah dan taktik perang”. Barulah beliau mengambil bendera itu dan terus memimpin pasukan perang.
  2. Dalam salah satu pidatonya di hadapan pasukannya, Panglima Khalid telah berkata: “Hari ini adalah hari-hari Allah. Ikhlaskan perjuanganmu , harapkanlah keridhaan Allah dari amalmu itu. Marikita bergiliran menjabat dan memegang pimpinan. Hari inilain, esok lain dan lusa lain. Tentu semuanya akanmemperolehi kerusi kepimpinan. Tidak semestinya kita berbangga-bangga. Yang baik adalah kita merendahkan hati secara sempurna”.

Dari kedua contoh diatas dapatlah disimpulkan bahawa Khalid bin Walid meskipun seorang panglima dan jeneral perang yang berkuasa penuh, tetapi beliau tetap merendahkan diri, menghormati orang tua dan tidak keterlaluan inginkan kedudukan dan pangkat. Adakah manusia yang seumpama beliau di zaman ini yang mempunyai hati halus dan berhati emas seperti Khalid bin Walid??

Umar pernah berkata: “Tak seorangpun ibu yang sanggup melahirkan anak lelaki seperti Khalid bin Walid”.

Antara ucapan Khalid yang berkesan adalah “Selamatlah siapa yang mengikuti petunjuk”. Dan “Jangan kamu sakiti petani”

Kesimpulan yang dapat diperolehi dari sejarah Walid bin Khalid adalah:

  1. Sifat rendah diri tidak mudah dijumpai didalammasyarakat sekarang ini.
  2. Pemimpin kita yang ada sekarang ini sifatnya tamak. Tamakkan harta, tamakkan pangkat dan tamakkan keduduka. Dimana akan kita perolehi hati sesuci Khalid, berjuang kerana Allah dan sanggup mati kerana menegakkan ugama, bukan menegakkan keluarga, kroni dan diri sendiri.
  3. Tidak ada pemimpin kita yang sanggup untuk bergilir-gilir memberikan pimpinan kepada yang berkemampuan memimpin. Padahal mereka telah sedia maklum bahawa ada yang lebih berkemampuan memimpin berbanding dengan dirinya.
  4. Bagi Khalid, sifat-sifat ‘Mahmudah’ dalam Tasauf sentiasa diberikan keutamaan dalam kepemimpinan. Tetapi berbeza dalam kepemimpinan kita masa kini yang kebanyakkannya teori pengurusan berteraskan sarjana-sarjan barat yang kencing, tidur, makan dan beranak pinak tidak mempunyai cara-cara teratur. Apakah sifat-sifat Mahmudah? Anda boleh cari sendiri dan menilainya.
  5. Beliau mengutamakan golongan petani. Golongan petani dari dahulu lagi dikategorikan sebagai golongan berpendapatan rendah dan mempunyai hidup yang simple. Walaupun begitu jasa-jasa mereka amat besar. Dengan adanya petani maka kita dapat menikmati makanan hasil tanam-tanaman dan ternakan. Sekarang, golongan petani telah terhimpit dan mereka memerlukan bantuan. Dengan kenaikan harga barang yang melonjak akibat harga minyak yang melampau, golongan petanilah mangsa yang paling ketara. Sedangkan para pemimpin negara kita bercakaran dan mengandaikan bahawa kenaikan harga tidak membebankan gologan seperti petani, buruh dan pekerja bawahan.
  6. Umat Islam, para pemimpin Islam, cnendekiawan Islam, Ahli-ahli ilmuan Islam tidak pernah mengkaji bagaimana dan apakah strategi perang yang disusun oleh Rasululah SAW dan panglima-panglima beliau. Sedangkan orang-orang Cina telah menggunakan taktik peperangan Tsun Tzu dalam perniagaan dan juga cara hidup mereka dan ternyata mereka berjaya menggunakan kaedah-kaedah peperangan tersebut turun temurun sehinggalah ‘Tsun Tzu Art Of War’ telah dijadikan oleh sarjana Barat untuk strategi pemasaran dan pengurusan. Orang Islam dan Melayu seperti yang di katakan oleh Anwar IbrahimNGANGA!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: