Apa lu mau?

Bila sahaja kita kekedai untuk membeli barang kita akan ditanya oleh tokey kedai “apa lu mau?” Lalu kita jawablah “Saya hendak membeli barang itu dan ini..”. Maka akan berlakulah transaksi jual dan beli. Bila sahaja selesai transaksi tersebut, tokey kedai itu akan mendapat wang kita dan kita mendapat barangnya. Situasi komunikasi begini adalah hubungan fizikal yang melibatkan benda atau barang-barang. Tetapi dalam situasi yang lain, pertanyaan “apa awak hendak dari saya” tidak selalunya sesuai digunakan dalam perhubungan intim atau akrab.

Dalam perhubungan intim dan akrab, ‘mutual understanding’ atau persefahaman bersama lebih dititikberatkan. Memang tidak salah jika kita bertanya “apa awak hendak dari saya” secara vokal sebagai manifestasi jujur kepada subjek. Persoalan perlukah kita bertanya “apa awak hendak dari saya” kepada subjek sebenarnya berbeza-beza mengikut audien.

Dalam perhubungan akrab atau intim ‘mutual understanding’ yang melibatkan keluarga atau kawan atau kekasih, perkataan berikut boleh menyinggung perasaaan melainkan digunakan sebagai wadah lucu atau membuat kelakar.

Walau bagaimanapun terpulanglah kepada diri sendiri untuk menilai apakah perkataan yang keluar dari dalam diri kita itu boleh diterima dengan baik ataupun boleh menyinggung perasaan.

Sebagai contoh, seorang guru bertanya kepada anak muridnya “Apa kamu semua hendak dari saya?” maka anak murid akan menjawab “Kami hendak cikgu ajar kami”. Tetapi sekiranya cikgu tersebut tidak bertanya kepada anak muridnya “Apa awak hendak dari saya” pun cikgu tersebut sudah tahu bahawa jawapan nya adalah “kami hendak cikgu ajar kami”. Begitu juga dengan anak murid, jika tidak ada soalan dari cikgu pun anak murid sudah tahu bahawa cikgu akan mengajar mereka.

Kadang-kadang benar juga kata pepatah ‘sudah terang lagi bersuluh’, mungkin kerana inginkan lebih terang maka disuluhnya juga walaupun suluhan itu tidak memberikan apa-apa kesan pada hari itu. Begitulah juga dalam hubungan antara suami isteri ataupun kekasih, kadang-kadang tak perlu pun dikatakan apa awak hendak kepada pasangannya sebab sudah pun tahu kehendak. Melainkan soalan ‘apa awak hendak dari saya ‘ adalah merupakan soalan membidas bagi mendapatkan jawapan yang tidak diingini. Lalu berlakulah pertembungan idea dan kata-kata, sebu menyerbu dan bermasam muka. Hasilnya perhubungan tersebut akan menjadi pudar dan boleh menimbulkan konflik.

Perlu juga difahami bahawa kadang-kadang soalan seperti ‘apa awak hendak dari saya’ merupakan soalan yang tidak ada jawapan. Kerana jika dijawab menjadi salah, tidak dijawab pun menjadi salah. Oleh itu penanya akan meninggalkan orang yang ditanya dalam keadaan terpinga-pinga.

Begitulah halnya terjadi didalam perubungan manusia dengan manusia yang adakalanya begitu akrab dan intim apabila sampai satu ketika menjadi begitu rapuh dan boleh mencalarkan hati masing-masing. Kalau hari ini boleh kita katakan ‘aku sayang kamu, percaya kamu’, tapi dihari yang lain kita akan berkata ‘ aku benci kamu, aku tidak percaya pada kamu’.

Semuanya ini hanya lah perlakuan dan mainan perasaan manusia. Mengenali dan saling percaya mempercayai akan membuahkan hasil yang baik. Persefahaman boleh dibentuk jika terdapat OK-OK bagi kedua belah pihak, sebaliknya jika OK- tak OK atau tak OK- tak OK dari mana-mana pihak maka akan berlakulah kepincangan perhubungan manusia.

Kesimpulannya, berhati-hatilah meluahkan perkataan atau pertanyaan sebab maksud bahasa boleh berubah bila terjemahkan oleh penerima. Umpama kata pepatah, seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: