Suami… Lebih suka memendam rasa

Ramai wanita yang telah lama berkahwin pun masih lagi tidak begitu memahami sikap suami. Pelbagai keluhan diluahkan oleh isteri mengenai sikap suami mereka antaranya tidak pandai mengambil hati, tiada reaksi positif daripada suami ketika berbincang dan pelbagai lagi.

Walaupun perkara ini dianggap sebagai asam garam kehidupan berumahtangga, tetapi boleh menjurus kepada pertengkaran yang lebih serius.

Sudah menjadi sikap semulajadi kaum wanita memang suka dibelai dan mendapat perhatian tetapi lelaki merasakan perasaan itu tidak perlu ditunjukkan dengan kata-kata.

Malah kaum lelaki sendiri mengakui mereka lebih senang mendiamkan diri daripada meluahkan perasaan kepada kaum wanita. Presiden IDEAL, Universiti Putra Malaysia (UPM) De. Azhari Ismail yang ditemui mengenai perkara ini telah menghuraikan beberapa faktor utama kenapa lelaki suka memendam rasa dan sukar meluahkan perasaannya berbanding kaum wanita.

Menurut beliau, para suami seringkali mebih suka memendam perasaan mereka kerana takut isteri mereka akan berkecil hati.

”Disebabkan terlalu ingin menjaga hati orang tersayang, mereka lebih suka mendiamkan diri daripada membuat teguran kepada isteri secara terus terang kerana bimbang akan mencetuskan perkelahian” katanya lagi.

Menurut beliau, lelaki yang seringkali menganggap diri mereka ‘macho’ juga tergolong dalam kategori sukar meluahkan perasaan.

“Diri mereka akan merasa tercabar sekiranya luahan perasaan itu boleh menyebabkan isteri atau masyarakat salah faham terhadap apa sebenarnya yang hendak dinyatakan’” kata Dr. Azhari.

Selain sikap lelaki, beliau turut mempersoalkan diri isteri itu yang menyebabkan suami sukar meluahkan perasaannya.

“Kadangkala isteri akan cuba menghalang suami melakukan kerja rumah apabila suamimereka ingin membantu. “Misalnya si isteri akan berkata: Itulah abang, saya dah katakan jangan buat…” jelas Dr Azhari.

Apabila ini berlaku, ujarnya ia akan menghilangkan mood suaminya yang berkobar-kobar untuk membantu isteri.

Seharusnya kata beliau, pasangan suami isteri perlu saling belajar dan tolong menolong antara satu sama lain dalam urusan hal ehwal rumahtangga.

Menurut beliau, secara tidak langsung akan mengwujudkan kepercayaan antara mereka.

Malah katanya, isteri juga ada kalanya gagal untuk memahami sikap suaminya yang memuji mereka kerana bersikap prasangka.

Misalnya si isteri merasakan ada sesuatu yang diingini oleh si suami disebalik pujian suaminya terhadap masakannya pada hari tersebut.

Sikap si isteri itu katanya, mengwujudkan satu budaya ‘tidak menghargai’, dimana sepatutnya kita harus berterimakasih kepada si suami itu kerana memberi pujian ikhlas.

Katanya lagi, lelaki sukar meluahkan perasaan mereka boleh dilihat dari perspektif kejadian manusia itu sendiri.

Menurut beliau, wanita dianugerahkan sikap yang lebih lembut berbanding lelaki yang bersifat perkasa, kasar dan kuat.

Malah katanya, dengan ciri kelembutan yang ada pada seseorang wanita, Allah mentakdirkan mereka melahirkan anak dan menyusukan anak.

Sebaliknya tugas kaum lelaki kata Dr. Azhari, lebih menekankan kepada soal mendidik anak, mencari nafkah dan membesarkannya sehingga menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara.

Dengan ketentuan yang ditetapkan inilah menyebabkan lelaki mengutamakan sikap yang lebih tegas demi pembentukan anak-anak yang berilmu.

Utusan Malaysia – 7/3/2000

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: