Shakespeare – karya tentang kematian

William Shakespeare dilahirkan di Stratford-upon-Avon, pada tahun 1564. Beliau telah menulis banyak drama untuk lakunan pentas. Beliau adalah seorang yang kreatif dan bersungguh-sungguh dalam bidang penulisan lakunan dan beliau sendiri adalah pelakun yang mendapat sanjungan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Kebanyakan drama pentas yang disajikan adalah berkenaan dengan dimensi kehidupan manusia. Emosi manusia, pengalaman-pengalaman dan persepsi manusia menjadikan karya lakunan beliau menarik dan diminati ramai. Karya beliau termasuklah cerita-cerita komedi, tragis dan dramatik.

Sepanjang hayat beliau telah menghasilkan lebih dari 37 buah lakunan. Antara hasil kerja beliau yang terkenal termasuklah ‘Macbeth’, ‘Mid-Summer Night Dream’, ‘Romeo and Juliet’, ‘Hamlet’, ‘King Lear’, ‘The Tempest’ dan lain-lain lagi.

Beliau juga menulis puisi yang kebanyakannya juga dilakunkan dipentas. Walaupun beliau meninggal pada tahun 1616, hasil sastera kreatifnya masih popular dan diterima diseluruh dunia.

Selamilah salah satu karya puisi beliau dari ‘Macbeth’:

Life’s Brief Candle

(Hidup seperti lilin yang pendek)

To-morrow, and to-morrow, to-morrow,

Creeps in this petty pace from day to day

To the last syllable of recorded time,

And all our yesterdays have lighted fools

The way to dusty death. Out, out, brief candle!

Life’s but a walking shadow, a poor player,

And then is heard no more; it is a tale

Told by an idiot, full of sound and fury,

Signifying nothing.

  • Hidup ini singkat tempohnya (seperti lilin)
  • Hidup ini tidak bermakna (manusia tidak tahu apakah makna hidup melainkan yang mendapat petunjuk)
  • Hidup ini tak dapat diramal (tidak ada orang yang boleh hidup selamanya)
  • Hidup ini bersifat sementara (seperti juga sifatnya lilin)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: