Dugaan dan Cobaan

Dunia ini di jadikan oleh Allah. Segala isi dunia ini dijadikan oleh Allah lengkap dengan pelbagai kegunaan dan nikmat. RahmatNya nya yang meliputi seluruh alam ini adalah untuk makhluknya bukan untuk diriNya.

Setiap makhluk yang dijadikan oleh Allah diberikan nikmat dan rahmat sesuai dengan maksud didalam ‘Bismillah hirRahma nirRahim’, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Pemurahnya Allah sehinggakan segala benda yang dijadikanNya didalam dunia ini hanyalah untuk manusia, untuk kegunaan manusia tak kira bangsa keturunan, tak kira kecil besar dan tak kira manusia itu mendengar cakap atau membantah kehendaknya. Begitu juga sifat pengasihani Allah tidak mengira sesiapa, sehinggalah apa sahaja yang berlaku pada manusia ada sahaja jalan penyelesaiannya. Diberinya kita daya berfikir dan berusaha dengan pelbagai alternatif. Tidak boleh cara itu, cara ini. Diberinya manusia berfikir untuk melakukan perkara yang boleh dilakukan dengan cara yang lain. Kemudian disediakan peluang-peluang untuk kita ambil dan menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Jika masalah itu tidak selesai hari ini, mungkin esok atau lusa akan selesai juga.

Walaupun begitu, adakalanya selain dari memberikan sesuatu yang kita sukai, diberiNya sesuatu yang kita tidak sukai. DiberiNya dugaan dan cubaan yang ringan dan berat untuk kita hadapi seperti kesakitan, kesusahan, penderitaan dan kemelaratan. Tetapi bagi Allah, ‘disukai’ oleh manusia atau ‘tidak disukai’ oleh manusia Dia tetap hendak memberi, Dia hendak menguji dan Dia hendak mencoba. Maka kita sebagai manusia lemah tidak tahu sama sekali apakah maksud pemberian ‘dugaan dan cobaan’ yang diberikan kepada kita kerana hanya Dia sahaja yang mengetahui maksud sebenar pemberian ‘Dugaan dan Cobaan’ tersebut.

Kadang-kadang pemberian apa-apa yang ‘disukai’ oleh manusia adalah juga ‘dugaan dan cubaan’ dan kadang-kadang pemberian yang ‘tidak disukai’ oleh manusia juga adalah ‘dugaan dan cobaan’. Oleh itu tidaklah boleh bagi manusia mengatakan bahawa apa yang diberi oleh Allah kepada manusia itu sebagai tidak sesuai, tidak elok, tidak kena ataupun tidak tidak adil sebab kita sendiri bukanlah Tuhan yang tahu apa-apa tentang pemberian.

Sebagai contoh mudah, jika kita tidak memberikan apa yang anak kita hendak, bukanlah bermaksud kita tidak sayangkan anak kita. Sebaliknya kita ada tujuan lain demi kebaikannya lalu kita tidak memberikan anak kita apa yang anak kita kehendaki. Sedangkan kita yang bernama manusia ini sayangkan anak, apatah lagi Allah yang menjadikan kita, tentulah kasih sayangNya lebih dari kita sayangkan anak kita.

Eloklah juga kita jauhi dari berkata bahawa akibat dari apa yang manusia lakukan, apa-apa kesalahan yang manusia lakukan, Tuhan membalas dengan kejadian itu dan ini kerana kita sebenarnya tidak mengetahui adakah itu pembalasan dari Tuhan atau itu adalah peringatan dari Tuhan atau itu adalah ‘dugaan dan cobaan’ dari Tuhan. Sebabnya kita bukanlah Tuhan dan kita tidak boleh berada setaraf dengan Tuhan dengan mengandaikan itu dan ini.

Oleh itu, kita tidak boleh membuat andaian bahawa apa yang dijadikan oleh Tuhan itu bermaksud untuk menyenangkan kita atau menyusahkan kita. Apa sahaja uang diberikan kita itu mempunyai pelbagai maksud yang kita sendiri tidak tahu kerana kita bukanlah Tuhan.

Apa yang perlu kita buat setelah diberikan ‘dugaan dan cobaan’ adalah REDHO, yakni sikap terbuka dan menerima dengan senang hati pemberiannya. Sekiranya terbit sedikit didalam hati tentang tidak seronok dengan pemberianNya maka berkatalah kita, “Ya Allah, kesemua ini dari Engkau, Engkau tahu apa yang baik untukku dan tidak baik untukku, tetapi aku percaya bahawa tidak ada yang tidak baik dari Engkau. Ampunilah aku, hambaMu yang lemah ini kerana terdetik didalam diriku rasa tidak seronok itu”.

Disebabkan kita telah mengetahui bahawa semua didunia ini, dari dahulu, sekarang dan akan datang adalah dari Allah, maka usahlah kita gusar dan risau akan apa-apa yang telah diberikan, dan akan diberikan kepada kita. Tetapi sebagai hambaNya, kita hendaklah ada rasa ‘harap’, ‘takut’ dan ‘sabar juga tawakkal’. Bagi Allah, apabila kita ‘harap’, maka kita ini merendahkan diri di depanNya dengan mengharapkan hanya dari Dia bukan mengharap selain dari Dia. Jika kita ‘takut’, maka itu disukaiNya kerana kita takutkan hanya pada Dia, takutkan murkanya lalu kita berkelakuan menurut apa yang disuruhNya. Manakala ‘sabar juga tawakkal’ pula menunjukkan kerendahan diri kita menerima apa sahaja yang diberikan dengan tangan terbuka. Sabar dengan apa sahaja yang diberikan tanpa merungut dan membebel akan pemberian dariNya.

Kita sebagai manusia hendaklah selalu ingat memperingati akan perkara-perkara seperti diatas kerana dengan itu sahajalah yang boleh mententeramkan jiwa kita lalu kita tercelupuk rebah mengadapNya dengan rasa hina yang amat sangat. Itulah yang Allah hendak sebenarnya dari kita, iaitu meyedari diri bahawa kita adalah hamba dan menyedari bahawa Allah itu Tuhan yang menjadikan semua-semua. Dan kita menyedari bahawa ‘ikut suka’ Dia apa yang dia hendak buat kerana Dia adalah Tuhan dan kita bukan Tuhan.

Buatlah apa yang kita rancang dan terdaya lakukan. Buatlah yang terbaik kita boleh lakukan sambil berharap dan berdoa moga-moga apa yang kita hendak lakukan itu di beriNya laluan mudah untuk kita. Usahlah gusar dengan apa yang akan berlaku esok, lusa atau seterusnya kerana itu bukan milik kita, bukan daya kita, bukan kudrat dan iradat kita, tetapi adalah milik Dia.

Setelah selesai kita bermuhasabah tentang kita ini adalah hamba makhlukya yang lemah tak berdaya buat apa yang kita hendak dan Dia Allah adalah Tuhan yang hendak buat apa yang dia nak buat maka hendaklah kita merebahkan diri sujud kepadaNya lalu berdoa.

‘Ya Allah, berikanlah apa sahaja kebaikan didunia dan akhirat kepada diriku dan sesiapa sahaja yang ada disekelilingku. Aku harap, takut dan sabar serta tawakkal kepada Mu. Ampunilah aku! Aku sedar aku hambaMu yang lemah. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini”

(Ini adalah monolog diriku. Kalau ada sesiapa yang hendak menambah dari apa yang aku monologkan silalah berbuat demikian)

3 Responses to Dugaan dan Cobaan

  1. aida says:

    hadapilah dugaan itu dengan tenang Arjuna….Allah Maha Pengampun, Pengasih Lagi Penyayang…

  2. nazrida says:

    …”usahlah gusar dengan apa yang akan berlaku esok, lusa atau seterusnya kerana itu bukan milik kita, bukan daya kita…..”….. alangkah indah kata2 ini…kalaulah aku boleh bersikap begitu!

  3. arjuna says:

    insyaalah.. Naz… silakan bersikap begitu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: