Bicara tentang Perasaan dan Hati

Manusia diberikan Allah nikmat yang tidak terdapat pada mana-mana makhlukNya yang lain. Nikmat seperti menghirup udara, merasai keselesaan, dapat melihat pemandangan yang indah, mencium bau yang wangi, mendengar kata-kata yang indah, mempunyai deria, menikmati keupayaan deria dan lain-lain lagi yang kebanyakannya dinikmati oleh semua makhluk. Tetapi, manusia diberikan nikmat yang lebih dari semua makhluk yaitu nikmat perasaan dan hati.

Bila berbicara tentang hati, tidak ada sesiapapun dari manusia yang dapat menyelami perasaan dan hati seseorang melainkan Allah. Perasaan dan hati amat seni bentuknya sehinggakan perasaan dan hati boleh membuatkan manusia bertindak melakukan perbuatan yang pelbagai bentuk.

Perasaan dan hati tidak dapat dicapai oleh tangan, tidak dapat diperhatikan oleh mata dan tidak didengar oleh telinga. Malahan perasaan dan hati hanya tersimpan didalam diri seseorang itu pun kadangkala tidak dapat diluahkan dengan kata-kata dari empunya perasaan dan hati.

Perasaan dan hati sentiasa menjadi teman manusia dan bersama manusia selagi fikiran manusia itu waras. Anehnya, manusia yang punya perasaan dan hati kadangkala cuba meluahkan apa yang terkandung didalam perasaan dan hatinya tetapi tidak kesampaian. Itulah yang di namakan ‘budaya’ menurut kata pemikir filsafat nusantara ini, Sutan Takdir Alisyahbana. Beliau menyatakan bahawa ‘budaya’ adalah ‘budi’ dan ‘daya’ yang terkandung dalam ‘pandang dunia’ manusia itu sendiri.

Perasaan dan hati biasanya dimanifestasikan didalam perlakuan dan perbualan. Namun begitu, disebabkan ‘pandang dunia’ setiap individu adalah berbeza, maka manifestasi itu tidak dapat diterjemahkan secara tepat.

Disebabkan perasaan dan hati ini amat abstrak sifatnya dan halus nilainya, di tambah lagi dengan pelbagai campur baur perasaan dan rasa hati maka semakin sukarlah diterjemahkan apa-apa yang terkandung didalam perasaan dan di dalam hati.

Cuba kita lihat misalan ini; Seorang suami yang berkata kepada isterinya “Aku cintakan kamu!” berapa kalipun masih juga si isteri mengharapkan kata-kata itu diucapkan berkali-kali kepadanya. Kenapa ini berlaku? Kerana pernyataan itu tidak difahami secara tepat oleh isterinya disebabkan perasaan dan hati suami tidak dapat dilihat dan di sentuh oleh isterinya. Tambahan lagi tidak dapat dimiliki oleh isterinya. Begitulah juga halnya terjadi kepada suami apabila isterinya berkata “Aku cintakan kamu”.

Rupa-rupanya perasan dan hati ini adalah kepunyaan Allah, kerana Dia sahaja yang memiliki semuanya. Dialah yang mencampakkkan perasaan dan hati kepada manusia sehinggakan tidak terdaya kita menghuraikan pemberian indah dan abstrak yang diberikan oleh Allah. Manusia tidak dapat mengelak dari apa yang dicampakkan kedalam perasaan dan hati oleh Allah. Perasaan kasih dan sayang, cinta, benci, suka, sedih, gembira, duka, sugul, risau, bahagia, derita dan sebagainya memang di anugerahkan oleh Allah kepada manusia tak kira diruang masa apa dan di ruang tempat mana.

Perasaan kasih-sayang yang timbul didalam hati tidak dapat dielakkan, tidak dapat dicampakkan oleh manusia sewenang-wenangnya kerana tuhan melekatkan perasaan itu didalam hati manusia dan manusia yang diketahui sebagai amat lemah tidak dapat merungkaikan perasaan itu sepertimana kita memadamkan memori dari dalam komputer.

Apabila datang perasaan didalam hati maka manusia terpaksa menghadapinya suka atau tidak perasaan dan hati itu tetap ada. Buatlah apa sahaja untuk membuang perasaan dan hati namun ada kalanya semakin cuba untuk dibuang semakin melekat didalam hati manusia.

Cuma yang menjadi alat bagi manusia melayan perasaan dan hati adalah ‘akal’. Akal yang juga pemberian Allah membolahkan manusia membuat pertimbangan baik atau buruk, senang atau sukar, boleh atau tidak dan sebagainya. Kekuatan akallah yang membuatkan manusia itu lebih matang,lebih gagah, lebih ketahanan menghadapi perasaan dan hati yang kadangkala diluar kemahuan manusia.

Jika akal membuat pertimbangan bagi perasaan dan hati, nafsu pula menyeret manusia supaya tergelincir kejurang yang kadangkala akal gagal untuk membuat pertimbangan sewajarnya. Akal menjadi gagal, lupa, cuai, lemah dan tersungkur dengan kekuatan nafsu. Akhirnya perasaan dan hati menjadi tidak keruan terhoyong hayang terbuka luas untuk di serang oleh apa-apa saja anasir.

Walau apa pun yang manusia nikmati dari pemberian Allah maka bersyukurlah, kerana kadang-kadang perasaan dan hati yang dikurniakan kepada kita tidak dikurniakan kepada orang lain. Lagi-lagi bersyukur sekiranya ada sahabat, teman atau seseorang yang paling hampir dapat mendekati perasaan dan hati kita. Maka itu adalah satu lagi anugerah Allah. Anugerah seseorang yang hampir mendekati perasaan dan hati kita.

Barulah tengadah kita memikirkan bahawa terlalu banyak anugerah Allah kepada manusia didalam keadaan senang dan sukar anugerah itu berlimpah ruah. Didalam kita senang di anugerahkan kita perasaan dan hati beserta anugerah seseorang yang dekat dihati. Begitu juga didalam keadaan kesukaran dinugerahkan juga perasaan dan hati beserta anugerah seseorang yang dekat dihati. Anugerah siapa kah ini?

Petikan dari Kitab ‘Hidayatus Salikin’ – Sheikh Abdus Samad Al Falimbani katanya:

“Ketahui olehmu bahawa segala orang yang ‘Arif itu tiada ia kasih akan sesuatu melainkan kasih akan Allah Taala. Kerana didalam hati mereka itu bahawa sesuatu itu semuanya daripada Allah Taala. Dan lazim daripada kasih kepada Allah Taala itu kasih kepada makhlukNya, dan segala perbuatanNya. Kerana kasih akan segala yang lain daripada Allah Taala iaitu sebab bagi kasih akan Allah Taala seperti kasih akan Nabi SAW iaitu lazimkasih akan Allah Taala. Kerana Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah Taala kepada kita. Dan demikian lagi kasih akan segala sahabat Nabi SAW itu, iaitu lazim akan Nabi SAW. Dan akan Nabi Muhammad itu melazimkan akan kasih akan Allan Taala. Dan demikian lagi kasih akan Aulia Allah dan ulama itu kasih akan Allah Taala. Dan demikian kasih akan makanan itu melazimkan akan kasih akan Allah Taala. Kerana makanan nitu nikmat dari Allah Taala yang menguatkan ibadat kepada Allah Taala. Dan demikian lagikasih akan pakaian, dan perempuan, dan segala dunia itu melazimkan akan kasih akan Allah Taala. Kerana semua itu nikmat yang diberikan Allah Taala kepada kita. Dan qiaskan akan tiap-tiap yang engkau kasih akan semuanya melazimkan akan Allah Taala..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: