Bias Untung Diri .. menutup kekurangan sendiri.

Tidak ada dua orang yang serupa dalam semua perkara, apatah lagi apabila mereka sendiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan. Ambil sebagai contoh, dari segi taraf pendidikan. Kebanyakan pasangan suami isteri tidak setaraf kelulusannya dan bidang latihannya.

Faktor perbezaan pendidikan yang amat ketara adalah perkataan yang sangat ‘sensitif’ dikalangan suami isteri. Maksud ‘amat ketara’ ialah apabila jurang perbezaan pendidikan suami dan isteri itu amat luas.

Umpamanya, apabila salah satu pihak memiliki ijazah, mankala yang seorang lagi tidak memiliki ijazah.

Tidak puas hati

Jurang itu bertambah luas apabila pihak yang tidak memiliki ijazah itu tidak pula memiliki apa-apa pencapaian tinggi untuk mengimbangi kekurangan pada kelulusan akademik. Kelulusan tinggi adalah kejayaan-kejayaan yang berdasarkan bakat-bakat istimewa seperti bakat perniagaan, sukan, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain.

Salah satu perasaan tidak puas hati yang dialami baik oleh pihak suami mahupun isteri ialah mereka berasa diri mereka direndah-rendahkan oleh pasangan mereka. Ramai isteri mengadu mereka dibodoh-bodohkan oleh suami dan ramai suami mengadu mereka direndah-rendahkan oleh isteri.

Pihak yang membodoh-bodohkan itu semestinya pihak yang ‘lebih pandai’. Dia mungkin pihak yang ‘lebih bodoh’. Jadi ada suami yang mempunyai kelulusan Ph.D, dibodoh-bodoh dan direndah-rendahkan oleh isterinya yang lulus gred tiga sekolah menengah sahaja. Yang sebaliknya pun boleh berlaku, ada isteri yang lulus universiti dibodoh-bodohkan oleh suami yang hanya lulusan diploma.

· “Bodohnya awak ni!”

· “Mana otak awak?”

· “Awak orang perempuan, mana awak tahu.”

· “Biarlah saya pandu kereta ni, kalau awak pandu nanti entah apa jadi.”

· “Awak ni tak ada otak ke..”

· “Abang ni bodohlah..”

· “Itupun abang tak tahu?”

· “pandai macam abang pun apa gunanya, kalau tak reti jaga anak?”

· “Ada Ph.D pun nak buat apa kalau tak pandai nak buat duit?”

· “Alah.. bukan semua orang yang masuk universiti tu pandai.”

· “Jurutera pun ada yang bodoh.”

· “Benda kecil yang macam ni pun awak tak reti. Tak guna ada ijazah.”

· “Pandai teori itu, teori ini konon. Kalau pandai, takkanlah tak boleh jadi macam orang lain tu?”

· “Kalau bapa saya kaya macam bapa awak, saya pun boleh berniaga macam awak, jangan-jangan saya boleh jadi lebih kaya dari awak.”

Apakah punca yang boleh menyebabkan tingkah laku suka merendah-rendah dan membodoh-bodohkan orang banyak kita jumpai disekeliling kita?

Jika diperhatikan, sebenarnya semua orang pernah di perbodoh-bodohkan oleh orang lain dan semua orang pernah membodoh-bodohkan orang lain.

Lazimnya kita membodoh-bodohkan orang itu didepannya apabila sedang berada didalam keadaan konflik yang tegang dimana kita tidak lagi mementingkan hendak menjaga keharmonian hubungan yang ada.

Didalam bidang psikologi sosial, ada satu teori yang disebut ‘bias untung-diri’. Istilah ini merujuk kepada salah satu fitrah manusia iaitu kecenderungan mereka suka ‘membesar-besarkan’ diri.

Mengikut teori ini, manusia suka menyangka dirinya lebih baik daripada keadaan yang sebenarnya. Dia menyangka dirinya lebih baik dari orang lain. Dia yakin dirinya lebih pandai daripada orang lain. Dia rasa dia lebih teruk bekerja dari orang lain. Dia percaya yang dialah lebih banyak berusaha, lebih banyak bekorban dan macam-macam lagi jika dibandingkan dengan orang lain.

Teori ini menyatakan, kita akan memberi alasan-alasan yang ‘menguntungkan’ diri kita dan ‘merugikan’ orang lain apabila kita menerangkan mengapa kita berjaya ataupun mengapa kita gagal.

Sebagai contoh, suami-isteri selalu mendakwa masing-masing memberi lebih banyak sumbangan dan pengorbanan daripada apa yang mereka sebenarnya sumbangkan atau korbankan. Isteri mengatakan dia lebih banyak bekorban, manakala suami mengatakan juga perkara yang sama.

Berkorban

Yang peliknya, kajian mendapati tingkah laku ini dapat dilihat samada didalam perkahwinan yang bahagia mahupun perkahwinan yang gagal. Kalau dia berjaya, dia berkata dialah yang membawa kejayaan itu, bukan pihak yang satu lagi. Kalau dia gagal dia berkata dia juga banyak berkorban tetapi pihak yang satu lagi yang menyebabkan pengorbanannya sia-sia sahaja.

Walau apa sekalipun keadaannya, mengikut teori ini, manusia suka membesar-besarkan sumbangan yang diberikannya, manakala pada waktu yang sama dia suka mengecil-ngecilkan sumbangan orang lain.

Dikalangan suami isteri yang tidak bercerai ataupun mereka yang hidup bahagia, masing-masing mengaku dialah yang banyak berkorban sehingga jodoh mereka kekal ataupun sehingga mereka mengecap nikmat hidup bahagia.

Dikalangan mereka yang bercerai-berai sekalipun masing-masing mengaku dialah yang banyak bekorban. Itulah sebabnya, kakitangan pejabat agama sentiasa menerima cerita yang ‘serupa’ sahaja bunyi temanya daripada isteri-isteri yang mengadu kepada mereka. Tema itu ialah ‘saya sahaja yang bekorban, manakala suami saya tidak berbuat apa-apa’.

Kata-kata seperti dibawah mencerminkan teori bias untung diri apabila ia diucapkan oleh seorang isteri terhadap suaminya:

· “Awak tak bertanggugjawab.”

· “Semua nak harapkan saya”

· “Awak suka lepas tangan saja”

· “Awak tak kisah hal anak-anak pun.”

· “Awak suka ambil ringan.”

· “Awak, apa awak buat?”

· “Kalau saya tak ada, entah apa nak jadi.”

· “Kalau Cuma harapkan awak, tak makanlah anak-anak kita.”

· “Kalau saya nak tolong cari nafkah, sampai matilah kita hidup papa.”

· “Kalau saya tak buat baik dengan Puan Sri, awak takkan merasa jadi Dato’. Awak dapat gelaran tu pasal saya tahu!”

Kata-kata seorang isteri kepada suaminya seperti diatas mengandungi tuduhan bahawa suaminya tidak memberi sumbangan yang banyak. Sebaliknya si isteri menyatakan dialah lebih banyak memberi sumbangan.

Pakar-pakar psikologi mengatakan hal ini terjadi disebabkan cara-cara kita merekodkan perkara-perkara yang kita lakukan. Menurut mereka, manusia lebih ingat perkara-perkara yang mereka sendiri sudah lakukan. Manusia tidak berapa ingat perkara-perkara yang mereka tidak lakukan, iaitu perkara yang dibuat oleh orang lain.Manusia juga tidak berapa ingat kalau mereka Cuma nampak perkara itu dilakukan oleh orang lain. Jika dia nampak orang lain membuatnya, dia tidak mencacatkan apa yang dia nampak. Itu sebab dia tidak ingat apa yang dia nampak.

Ertinya, kalau benda itu dia yang buat, dia ingat. Kalau benda itu orang lain yang buat-membuatnya, dia tidak ingat. Jadi isteri cuma ingat apa yang dia buat. Apa yang suaminya buat, isteri tidak ingat, walaupun isteri nampak suaminya melakukan perbuatan itu. Begitulah sama sebaliknya.

Itulah sebabnya dia menyangka suaminya tidak buat apa-apa, seba dia tidak ingat suaminya buat apa-apa!

Pendeknya manusia hanya ingat apa yang dia buat. Itulah sebabnya dalam peti ingatan manusia, yang ada didalam ingatannya hanyalah catatan-catatan sumbangan dan pengorbanannya seorang sahaja. Dia tidak mencatatkan sumbangan dan pengorbanan orang-orang lain. Kalau catatan itu ada, senarai catatan sumbangan orang itu kecil. Senarai sumbangannya, jauh lebih panjang.

Ramai isteri suka mengungkit-ungkit sumbangannya kepada kejayaan suaminya. Dia mengatakan kepada suaminya dialah yang menolong menaipkan tesis suaminya sehingga suaminya berjaya mendapat gelarannya sekarang. Kalau tidak kerana dia yang menaipkan tesis suaminya, si suami takkan merasai apa yang dia ada sekarang.

Bagi si isteri, susah-payah suaminya belajar dan menuliskan tesisnya itu adalah tidak penting dalam mencapai kejayaannya. Yang lebih penting, ialah pengorbanannya menaipkan tesis si suami. Didalam ingatan si isteri suaminya ‘tidak buat apa-apa yang teruk’ macam teruknya dia menaipkan tesis itu.

Setengah-setengah pakar mengatakan individu yang mengamalkan bias untung diri sebenarnya menggunakan bias itu untuk menutupi rasa rendah diri mereka.

Mengikut teoritu, individu-individu yang berasa diri mereka kekurangan cenderung membesarkan diri dan merendah-rendahkan orang lain untuk menutup kekurangan yang ada pada diri mereka. Jadi isteri yang berasa dirinya kekurangan dibandingkan dengan suaminya, dia cenderung merendah-rendahkan suaminya.

Begitu juga sebaliknya.Kajian juga mendapati orang yang merasa tidak yakin akan keupayaan sendiri, cenderung membesar-besarkan keupayaannya, sambil merendah-rendahkan keupayaan orang lain.

Kajian mendapati orang-orang yang suka menyalahkan orang lain apabila mereka gagal, mereka itu didapati hidup tidak sebahagia orang-orang yang sanggup menerima kenyataan bahawa mereka bertanggungjawab keatas kegagalan mereka sendiri.

Ramai isteri yang megadu hidup mereka tidak bahagia adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sikap suka menyalahkan suami mereka.

Bias untung diri menyebabkan masing-masing suami dan isteri berasa dia memberi sumbangan dan pengorbanan yang lebih besar. Akibatnya masing-masing tidak puas hati dengan apa yang mereka terima. Mereka tidak menyedari risiko tabiat suka memperkecilkan sumbangan orang lain dan membesar-besarkan sumbangan sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: