3. Baca buku kpd keluarga – (SIRI ‘buatlah yang jarang2’)

Bacalah buku-buku agama kepada keluarga anda.

Untukmembaca buku bukanlah sesuatu yang susah. Tetapi jarang-jarang dibuat orang. Masa yang terbaik untuk anda membaca buku kepada anak isteri adalah selesai sahaja solat maghrib berjamaah. Masa yang ada diantara solat Maghrib dan Isya tidaklah panjang. Mungkin selepas selesai solat berjamaah Maghrib, anda hanya ada 1 jam sahaja lagi untuk menunggu waktu Isya’.

Mungkin anda hendak lebih kreatif lagi, bacalah berganti-ganti, selang menyelang antara isteri dan anak-anak. Suasana begini lebih menyeronokkan kerana anda juga boleh mendengar suara isteri anda dengan jelas dan suara anak-anak anda yang agak serious dengan fokus membaca, apatah lagi jika dalam buku agama itu ada pula ayat-ayat Quran dan Hadis-hadis yang ditulis dalam bahasa Arab- tulisan jawi. Sambil-sambil itu anda boleh betulkan bacaan mereka. Ataupun mereka boleh membetulkan bacaan anda. Tak salahkan….

Kalau baca buku-buku agama mungkin agak menjemukan, gantikan sekali sekala dengan buku-buku motivasi ataupun cerita seperti ‘Aesop Fables’ yang akhirnya ada pengajaran. Selepas membaca itu anda bolehlah memberikan sedikit huraian ataupun menceritakan pengalaman anda kepada anak-anak berkenaan dengan apa yang anda lalui selama hidup anda. Begitu juga, anda boleh jadikan masa sejam itu sesi bertukar-tukar pendapat tentang apa yang dibaca tadi.

Have fun….ehhh!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: