2. Doa dalam Bahasa Malaysia – (SIRI ‘buatlah yang jarang2’)

Baca doa selepas berjamaah dalam Bahasa Malaysia.

Eloklah sekali sekala baca doa dalam Bahasa Malaysia kerana jika dibaca doa sentiasa dalam bahasa Arab maka sampai mati pun kita tidak paham apa yang kita doakan. Kalaupun kita paham apa yang kita doakan, tetapi makmum tak paham maka makmum akan terpinga-pinga. Berkemungkinan dalam fikiran makmum terbit “Bilalah nak abis doa tok imam ni?”.

Kalau berjamaah dengan anak isteri pula, selepas solat tersebut, jika dibaca doa dalam Bahasa Malaysia adalah lebih ‘syahdu’.

Bayangkan si bapa berdoa..”Ya Allah, selamatkanlah keluarga ini, jadikanlah kami, keluarga ini umatmu yang sentiasa bertakwa”. Aduhh.. dalam keadaaan semua senyap sunyi kata-kata itu keluar dari mulut ketua keluarga.

Walaubagaimanapun, kebiasaannya doa yang dihafal dalam bahasa arab jarang-jarang diketahui maksudnya. Kalau begitu, apa salahnya ambil buku doa-doa dan bacakan sahaja, mula-mula baca dalam bahasa Arab kemudian baca sekali terjemahannya. Tak payah banyak-banyak, panjang-panjang. Insyaalah esok kan ada lagi.

Peringatan : Imam…. jangan baca doa panjang2 sangat. Rasakan juga penderitaan makmum yang ada masalah kencing berak dan uzur. Ingat tu..!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: