4. Menderma – (SIRI ‘buatlah yang jarang2’)

Jadikan menderma sebagai aktiviti berkala anda.

Kadang-kadang kita akan berjumpa dengan peminta sedekah. Kita berjumpa dengan tabung derma. Kita berjumpa dengan orang-orang meminta derma kebajikan dan kadang-kadang kita diberitahu ada bencana yang berlaku disana sini yang memerlukan perhatian dan bantuan terutamanya bantuan kewangan.

Seperti yang berlaku kepada Nabi Ibrahim semasa beliau dibakar, didalam gejolak api yang besar mengganas itu ada peristiwa pengajaran yang boleh kita ambil iktibar. Seekor burung yang kecil telah berusaha mengambil air dengan menggunakan paruhnya lalu cuba menyiram api yang besar itu.

Walaupun burung tersebut tahu bahawa air yang dibawa dengan paruhnya itu amat sedikit dan tidak mungkin dapat memadamkan api yang besar itu, tapi itu adalah usahanya. Usaha sekadar yang boleh dilakukan itu walaupun kecil tetapi besar disisi Allah.

Begitulah juga dengan kita manusia ini, jika ada masalah yang dihadapi oleh manusia disekeliling kita, boleh sahaja dengan apa yang ada pada kita cuba membantu mereka. Jika ada wang kita boleh berderma, jika ada pakaian kita juga boleh berderma.

Jadi, seboleh-bolehnya jadikan sekurang-kurangnya sebulan sekali kita peruntukkan wang yang kita ada itu sebahagiannya untuk didermakan. tak kiralah kemana kita nak menderma atau kepada siapa kita hendak berderma. Berdermalah. Sebagai contoh, bagi yang makan gaji, peruntukkan 10 ringgit untuk didermakan sebaik sahaja anda mendapat gaji. Tak banyak pun… tetapi kalau dilakukan secara berkala maka itu adalah ikhtiar kita secara jujur. Mudah-mudahan Tuhan melihat itu sebagai usaha yang dilakukan oleh burung yang cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. Mulianya burung itu!!

Contoh yang lain yang mungkin anda dapat gunakan sebagai idea adalah seperti berikut:

  1. Apabila masuk sahaja masjid. Masukkanlah sedikit wang kedalam tabung. Anggaplah itu sebagai bayaran bil letrik dan air yang kita telah gunakan. Walaupun seringgit sekali masuk itu adalah sumbangan anda yang sangat beerti.
  2. Kalau hendak berderma cara lain, anda boleh membeli satu sajadah sebulan sekali, atau membeli satu telekong sebulan sekali untuk di hadiahkan ke mana-mana masjid atau surau. Masuk sahaja kedalam surau atau masjid itu dan letakkan barang-barang yang anda belikan itu di tempatnya.
  3. Beritahu kepada masjid atau surau, ‘saya hendak menyumbang RM100 sebulan setiap bulan untuk membayar bil letrik surau ini.”
  4. Buatkan standing instruction (SI) dari akaun anda di bank ke mana-mana akaun Sekolah Agama setiap bulan. Tidak susah. Cuma anda perlu dapatkan no akaun sekolah agama (dengan menalipon ataupun bertanyakan kawan-kawan ataupun bertanya mana-mana Ustaz ataupun mana-mana pejabat Agama, dan masukkan wang anda kedalamnya.
  5. Satu lagi cara menderma secara berkala, hubungi mana-mana sekolah anak yatim dan dapatkan seorang atau lebih anak yatim. Anda saralah perbelanjaan dia belajar setiap bulan ikut kemampuan anda sehinggalah dia berjaya keluar dari universiti.

Diatas itu antara contohnya. Dalam soal berderma ini, nama anda tidak perlu keluar, tetapi wang anda atau tenaga anda sahaja yang perlu keluar.

Sepekara yang perlu diingat, jangan lah memandang kepada siapa yang kita hendak menderma walaupun dianya seorang berketurunan Cina atau India. Dan juga janganlah kita mencari alasan untuk tidak berderma dengan mengatakan seperti “Aahh..kalau beri duit kita pada dia, dia akan ketagih dan akan meminta2 lagi!!”. Anda memberi, itu hak anda dengan Tuhan dan Manusia. Tetapi, wang yang diperolehi oleh penerima sedekah itu terpulanglah kepada dia untuk menguruskannya. Jika dia menggunakan kejalan yang haram dan salah, itu adalah tanggungan dia.

Dan ingatlah, dia akan dipersoaljawabkan nanti dihadapan Allah. Paling baik, bersangka baiklah ketika memberi. Mudah-mudahan pemberian kita itu akan dirahmati Allah lalu, manusia yang menerima itu akan insaf dan mendapat petunjuk lalu menjadi seorang yang sangat-sangat bertakwa.

Ingat: Lakukan secara berkala, secara istiqamah. Walau sedikit tapi buatlah yang jarang-jarang dibuat orang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: