Article 11 – Federal Constitution

Article 11

Begitu hangat diperbincangkan, di gembar-gemburkan, di gaduh-gaduhkan berkenaan dengan Artikel 11 ini sekarang. Apakah yang terkandung dalam Artikel 11- Perlembagaan Persekutuan?

Secara ringkasnya, Artikel ini memperuntukkan bahawa, setiap orang mempunyai hak untuk beragama, mempelajari agama, mengamalkan agamanya dan mengajarkan agamanya kepada sesiapa sahaja. Walaupun Malaysia mempunyai kelebihan menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi, tetapi ia hanya ‘rasmi’. Sedangkan makna rasmi itupun boleh dipertikaikan samaada ‘rasmi’ itu bermaksud hanya berguna dan digunakan untuk upacara-upacara rasmi sahaja (official occasion) atau sebagai menyatakan ‘hormatilah’ Islam.

Walaubagaimanapun, undang-undang persekutuan boleh mengawal, atau melarang ugama-ugama lain dari merasuk orang-orang yang mengamalkan ajaran Islam samada melalui doktrin atau kepercayaan. Untuk tujuan dakwah, agama-agama lain boleh berdakwah kepada orang yang bukan Islam.

Terdapat beberapa kehairanan dalam artikel ini sehinggakan boleh kita bertanya, pada mulanya artikel ini memperuntukkan ‘every person has the right to profess and practice his own religion, kemudian dengan cara apakah boleh melarang pendakwah agama selain Islam dari menarik orang-orang Islam lalu murtad.

Kenyataan di depan mata kita bahawa ‘Murtad’ atau keluar agama boleh berlaku sewenang-wenangnya asalkan warganegara itu sudah cukup umur, dan mendaftar secara sah bahawa dia telahpun keluar dari agama Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: