Article 5 – Federal Constitution

Entah mengapa tiba-tiba aku menjadi berminat untuk melihat kembali ‘Federal Constitution’ yang telah hampir 20 tahun subjek itu di kupas semasa di Universiti. Mungkin kerana isu-isu terkini yang membabitkan YB Sdr Zulkifli, atau kerana isu ‘Bar Council’ yang dianggap biadab, atau kerana aku baru saja berbincang dengan ‘seseorang’ berkenaan dengan undang-undang.

Walau apa pun, mari kita lihat sepintas lalu berkenaan dengan beberapa Artikel yang terdapat dalam ‘Federal Constitution’. Mungkin sedikit sebanyak dapat memberikan kelegaan minda atau mungkin akan menserabutkan lagi minda sesiapa yang membacanya.

Article 5

Artikel 5 ini secara kasarnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa boleh membunuh atau memenjarakan seseorang melainkan dia mestilah melalui proses undang-undang. Jika seseorang itu ditangkap beliau hendaklah diberitahu apakah alasan penangkapan dan dibenarkan membela diri melalui peguam pilihannya.

Walaubagaimanapun terdapat ‘Clause 3’ yang menyatakan keujudan ISA yang sangat tinggi martabatnya sehingga boleh seseorang itu di tahan tanpa perbicaraan. Ini adalah kuasa mutlak Perdana Menteri atau Menteri yang diberikuasa atas alasan keselamatan negara.

Amaran

Oleh itu jangan bermain-main dengan Perdana Menteri kerana dia boleh melaksanakan Clause 3 kepada sesiapa sahaja tanpa mengambil kira semasa membuat arahan itu Perdana Menteri itu waras atau tidak waras.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: