Urgent or Important

Suatu ketika dihari ini sempat berbual dengan seorang teman yang antara topik perbincangan adalah mengenai ‘urgent’ dan ‘important’ atau dalam Bahasa Malaysia ‘segera’ dan ‘penting’.

Sebenarnya topik ini telah banyak dan telah lama dibincangkan oleh tokoh-tokoh motivasi dan perancangan. Walaupun begitu, aku baru sahaja mendengarnya pada tahun 2000 didalam satu sidang mesyuarat. Semasa itu aku amat tertarik dengan konotasi dan natijah dari perbahasan ‘segera’ dan ‘penting’ didalam kehidupan.

Malam ini, disebabkan citarasa itu masih segar, maka aku telah mencari bahan berkenaan ‘urgent’ dan ‘important’ lalu berjumpa sebuah buku karangan Dr Fadhilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof bertajuk ’55 Petua Orang Berjaya’ yang telah lama dibaca.

Sebagai mengimbas kembali penghayatan dari topik tersebut, maka diperturunkan disini kaedah yang digunakan oleh pakar-pakar pengurusan. Kaedah yang popular itu dinamakan ‘Tingkap Jauhari’

Ada 4 tingkap dalam menganalisa ‘urgent’ dan ‘important’.

Pertamanya gabungan ‘Urgent’ dan ‘Important’.

Keduanya gabungan, ‘Urgent’ dan ‘Not Important’

Ketiganya gabungan, ‘Not Urgent’ dan ‘Important’

Keempatnya gabungan ‘Not Urgent’ dan ‘Not Important’

‘Urgent’ dan ‘Important’

Keadaan ini terletak dalam senarai paling atas dalam hirarki prioriti. Apa-apa yang terlibat dalam kategori ‘Urgent’ dan ‘Important’ mestilah dibuat dahulu. Misalnya berlaku kemalangan, maka anda hendaklah meninggalkan semua pekerjaan anda yang lain untuk pergi mendapatkan rawatan kerana akibat dari kemalangan itu boleh membawa kepada kegagalan pekerjaan yang lain. Oleh itu, anda mesti bersegera kerana ia adalah mustahak. Walaupun begitu, anda sendirilah yang boleh mengetahui samada pekerjaan yang hendak dibuat itu ‘urgent’ atau ‘important’.

‘Urgent’ dan ‘Not Important’

Terdapat juga banyak dari aktiviti seharian kita yang tidak penting, tetapi memerlukan kita segera membuatnya. Sebagai contoh yang diberikan oleh Dr Fadhilah adalah pergi ketandas, mengicapkan tahniah kepada rakan yang mendapat kecemerlangan. Walaupun mengucapkan ‘tahniah’ atau ‘selamat harijadi’ atau ‘selamat bercuti’ itu boleh di ucapkan pada keesokkan harinya, tetapi peristiwa itu telahpun berlaku dan kita menjadi orang yang ketinggalan meraikannya.

‘Not Urgent’ dan ‘Important’

Dalam kehidupan kita seharian ada juga suasana dimana anda merasakan pekerjaan yang anda hendak buat itu amat penting, tetapi tidak perlu segera dilakukan. Tugas-tugas seperti pergi berkelah adalah penting, tetapi berkemungkinan anda boleh tangguhkan sekiranya ada urusan lain yang lebih memerlukan anda segera melakukannya.

‘Not Urgent’ dan ‘Not Important’

Anda boleh sahaja menyenaraikan apakah perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti anda yang tidak penting dan tidak segera dilakukan mengikut pengkelasan anda sendiri. Perkara yang tidak penting dan tidak segera boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja asalkan anda tidak melupai terus pekerjaan tersebut.

Walaupun pengkelasan ‘urgent’ dan ‘important’ terletak ditangan kita sendiri, tetapi ada juga sesetengah orang yang sentiasa meletakkan banyak pekara dan aktiviti sebagai ‘urgent’ dan ‘important’. Oleh yang demikian, akan kelihatanlah orang itu sebagai sentiasa sibuk berlari kesana-kemari sampai ditanya orang ‘Hai.. sibuk nampaknya awak ni?” Sebenarnya, mungkin apa yang dilakukan oleh orang yang nampaknya sibuk sebenarnya tidaklah perlu sibuk seperti itu.

Sebaliknya, ada pula manusia yang nampaknya sangat leka dan berehat-rehat sahaja pekerjaannya. Apa pun terjadi, dia masih terhegeh-hegeh dan terkebil-kebil sedangkan perkara itu sangat-sangat memerlukan perhatian dan tindakan segera. Sikap seperti ini juga harus dikikis kerana boleh mengakibatkan kerosakan kepada pihak yang lain.

Kesimpulannya, sebagai manusia yang berakal, hendaklah kita selalu menggunakan kepakaran dan kepintaran yang dikurniakan kepada kita untuk membuat pilihan-pilihan dalam kehidupan. Mungkin juga kehidupan seseorang tidak sama dengan kehidupan orang lain, maka apa yang kita lihat sebenarnya adalah tahap penerimaan diri kita bukan diri orang. Kesemua ini bergantung kepada latarbelakang diri sendiri kerana kita tidak boleh sesekali berada dalam diri orang yang kita lihat itu. Sebabnya latarbelakang kita samasekali tidak sama dengan latarbelakang orang. ‘I cant be in your shoe’ begitulah adanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: