8 Petua Untuk Menjadikan Anda Ceria Dan Gembira Dalam masa 1 jam

1. Tingkatkan Tenaga:

Apabila bercakap di talipon, cuba berdiri dan bercakap seolah-olah orang yang bercakap dengan anda itu berada didepan anda. Untuk mendapatkan tenaga, andajuga boleh keluar berjalan-jalan secara pantas selama 10 minit diluar rumah atau di luar pejabat. Kajian menunjukkan bahawa cara berjalan sedemikian boleh meningkatkan metabolisma. Aktiviti dan cahaya matahari boleh meningkatkan fokus, menambah mood bekerja dan otak pula mampu menyerap informasi dengan lebih cekap. Secara tak langsung apabila anda nampak bertenaga, suasana sekeliling anda juga akan terpengaruh bertenaga dan rakan-rakan sekerja anda juga akan terpengaruh untuk bekerja dengan bertenaga.

2. Hubungilah rakan-rakan:

Cuba buat temujanji makan tengahari atau hantar email kepada rakan anda yang telah lama tidak berhubungan. Salah satu kunci kepada kebahagiaan adalah dengan adanya perhubungan yang baik dengan orang, oleh itu selalu-selalu lah berhubungan dengan mereka. Sekiranya ini dilakukan secara berterusan, sikap sosial ‘introvert’ anda akan bertukar kepada ‘extrovert’ (lebih kepada keterbukaan)

3. Lakukan kerja-kerja yang mencabar:

jawab email, beli sesuatu yang anda perlukan atau buat appointment dengan doktor gigi anda. Kadang-kadang dengan membuat kerja-kerja yang mencabar akan memaksa penjanaan tenaga dan membuatkan anda aktif. Berkemungkinan darah anda jarang-jarang di pam secara pantas keseluruh otot-otot dan saraf.

4. Wujudkan suasana yang kemas dan tenang:

Kemaskan ruangan kerja anda dengan menyusun kertas, membuang sampah, menyusun fail, menyimpan dokumen atau membersihkan alat-alat letrik di pejabat atau dirumah seperti mesin fotostat, mesin fax, komputer dan sebagainya. Jadikan kerja-kerja itu sebagai ‘aktiviti seminit’ anda setiap hari. Suasana yang berselerak akan menjadikan fikiran anda juga kusut. Walaupun seminit, anda telah berjaya mengurangkan beban penglihatan terhadap kerja-kerja yang tidak kemas. Apa salahnya anda meletakkan pasu bunga kecil dengan tumbuh-tumbuhan hidup didalamnya. Ini dapat menghidupkan suasana semulajadi yang mampu menceriakan suasana sekitar anda.

5. Rancanglah sesuatu yang menyeronokkan:

Buat pesanan buku yang anda hendak baca. (pastikan buku itu memang anda hendak baca sangat-sangat) atau rancanglah untuk pergi melawat muzium bersama rakan atau keluarga, sebagai satu lawatan yang informatif. Anda juga boleh cuba menyertai ‘jungle trekking’, ‘canoeing’, pergi ke kedai hardware, menonton wayang atau apa-apa sahaja yang berbau hiburan. Kajian juga menunjukkan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti itu, boleh menjadikan hidupanda lebih seronok. Menyertai aktiviti sedemikian bukan sahaja menyeronokkan tetapi dapat membaharui latarbelakang diri anda. Ajaklah kawan-kawan atau sesiapa sahaja untuk menyertai. Lebih ramai lebih baik kerana anda boleh sambil-sambil berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat semasa bersukaria itu.

Bulan Ramadhan hampir tiba, apa salahnya anda mencetuskan idea kepada kawan-kawan anda atau pejabat anda RM10 seorang untuk anak-anak yatim atau untuk orang-orang tua di rumah Kenangan atau disekolah-sekolah agama persendirian yang dhaif. Setelah dikumpul, anda boleh sahaja membelikan beras, makanan atau apa-apa sahaja yang difikirkan perlu untuk dihantar ke tempat-tempat berkenaan. Tak perlu publisiti, hanya hantarkan. Anda akan rasakan sesuatu yang menyeronokkan dan kepuasan selepas itu. Cubalah.

6. Buat sedikit kebajikan:

Membuat kebajikan bukan beerti anda terpaksa menubuhkan persatuan kebajikan. Sekecil-kecil kebajikan mungkin hanya dengan menghantar email kepada kawan atau saudara anda dengan mengucapkan salam, Selamat Pagi atau mengucapkan Selamat Harijadi.

Apasalahnya jika anda sebagai ketua, menghantar email kepada orang-orang bawahan anda dengan ‘Terimakasih kerana telah membantu saya, saya hargai kerja-kerja anda” sekali sekala. Selepas itu lihatlah apa yang akan berlaku pada orang bawahan anda. Tentunya dia akan kelihatan lebih ceria hari itu berbanding dengan sebelumnya.

Anda juga boleh membuat jamuan tengahari secara mengejut terhadap orang-orang bawahan anda. “Tengahari ini saya nak belanja makan tengahari”. Berapalah sangat belanja makan tengahari jika dibandingkan dengan produktiviti yang akan dihasilkan kelak. Anda akan terkejut dengan anda belanja orang makan, rezeki anda kan bertambah tanpa disangka-sangka. Percayalah!

7. Tunjukkan anda gembira:

Senyumlah. Senyumlah walau sedikit dan kalau boleh teruskan senyum. Kajian menunjukkan bahawa jika anda tersenyum walaupun dengan terpaksa akan menghasilkan kesan yang positif kepada emosi anda- membantu menyemarakkan semangat dan juga menceriakan suasana sekitaran anda. Jika anda selalu tersenyum, anda akan dikenali sebagai seorang yang ‘friendly’ dan mudah didekati.

8. Dengarlah muzik kegemaran anda:

Dengarlah muzik. Ada kajian yang telah mendapati bahawa 92% responden merasa lebih ceria selepas mendengar muzik. Apa salahnya gerak-gerakkan sedikit tubuh anda apabila mendengar muzik. Mendengar muzik yang ringan atau sesuai dengan citarasa anda boleh mengurangkan kemurungan dan membangkitkan semangat anda semula. Irama yang bertepatan dengan degupan jantung anda menjadikan anda lebih bertenaga tak kira semasa bekerja atau semasa memandu.

Ada yang berpendapat, cuba untuk bergembira adalah tindakan yang sia-sia. Tidak benar samasekali. Sesiapa sahaja yang nampak gembira dalah orang yang disukai ramai, nampak sihat, produktif dan berjiwa kemasyarakatan. Oleh itu, dalam usaha kita hendak menjadi menceriakan diri, secara tidak langsung kita akan menceriakan orang-orang yang ada disekeliling kita. Apalagi…, sekarang tugas kita adalah untuk menceriakan diri dan menjadi gembira dimana sahaja.

Bagaimana perasaan anda sekarang? Happy???

4 Responses to 8 Petua Untuk Menjadikan Anda Ceria Dan Gembira Dalam masa 1 jam

  1. yat says:

    thanks yat akan cuba buat …

  2. Anonymous says:

    thanks…sangat berharga petua anda….akan cuba saya buat

  3. maula says:

    thanks…sangat berharga petua anda….akan cuba saya buat

  4. maula says:

    thanks 4 ur petua…. sangat bermakna

Leave a reply to maula Cancel reply