Terkedu jap…..dengan Doa Selepas Solat.

Baru sebentar tadi aku berkesempatan untuk mengerjakan solat Magrib, Isyak dan Tarawih bersama-sama isteri dan anak-anak dirumah. Kebiasaannya aku akan mencari doa-doa dari bahan-bahan rujukan yang terkenal semenjak dahulu untuk dibacakan yang arabnya lalu di bacakan juga maksudnya dalam bahasa Melayu.

Maka berjumpalah aku dengan doa selepas solat berjamaah yang diambil dari Kitab ‘Wirid dan Doa’ terbitan Jabatan Agama Johor terbitan tahun 1980. Aku rasakan doa itu amat-amat menyentuh jiwaku lalu aku bercadang untuk membuat transkipsi jawi-rumi makna doa tersebut untuk di abadikan dan di kongsi bersama dengan sesiapa sahaja yang mahukan doa itu. Bukanlah maksudku untuk meninggi diri berkenaan dengan amal perbuatan ku ini kerana aku tahu bahawa amal perbuatanku ini amatlah sedikit dan ditakuti pula yang sedikit itu pun tidak diterima Tuhan sebagai amal ibadat. Wal iyaa zubillah!!

Maksud tersirat dalam hatiku adalah untuk mengabdikan karangan doa ma’sur ini dalam bentuk elektronik yang boleh di baca oleh sesiapa sahaya yang ingin mendalami maksud yeng tersirat disebalik doa itu. Tambahan lagi, dalam bulan Ramadhan ini, kita digalakkan berdoa dan bermuhasabah diri mendekatkan diri kepada pencipta kita Tuhan Rabul Jalil disamping mengenali diri yang kita ini hanya menumpang sementara didunia sehingga kita dijemput pulang ke hadratNya. Begini doanya:

“Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh Alam. Pujian yang melengkapi segala nikmatNya dan membalas limpah kurniaNya. Ya Allah, wahai Tuhan kami untukMu sahaja segala jenis kepujian itu sebagaimana yang sesuai dengan kebesaran zat dan kerajaanMu.

Ya Allah, cucurkanlah rahmat dan sejahtera keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat yang menyelamatkan kami daripada segala kehuruharaan dan kerosakan dan Engkau tunaikan dengannya segala maksud dan hajat, Engkau sucikan kami dengan sebabnya daripada segala kejahatan dan Engkau angkatkan kami dengan sebabnya disisi Mu setinggi-tinggi darjat kemuliaan, Engkau sampaikan dengan sebabnya sejauh-jauh tujuan kebaikan, baik pada masa kami hidup maupun sesudah kami mati.

Ya Allah, Tuhan kami, kami mohon kepadamu nikmat secukup-cukupnya, mohon kesihatan selama-lamanya, mohon rahmat selengkap-legkapnya, mohon afiat sejaya-jayanya, mohon rezeki semewah-mewahnya, mohon umur seberkat-berkatnya, mohon ihsan sepenuh-penuhnya, mohon nikmat sebanyak-banyaknya, mohon anugerah seenak-enaknya, mohon sifat lemah-lembut yang sebesar-besar faedahnya.

Ya Allah, kurniakanlah manaafaat kepada kami dan janganlah kiranya Engkau timpakan mudharat keatas kami.

Ya Allah wahai Tuhan kami, akhirkanlah umur kami dengan kebahagiaan, tentukan kelebihan jua akan segala cita-cita kami, sertakan sihat dan afiat keatas diri kami dan jadikan akhir tempat kembali kami dalam cucuran rahmatmu. Cucurkan limpah keampunan menghapuskan segala dosa kesalahan kami, kurniakanlah lindungan menutupi cacat cela kami, jadikan takwa bekalan kami, mematuhi agamaMu sepenuh-penuh tenaga kami. KepadaMu kami berserah dan kepadaMu kami bergantung.

Ya Allah wahai Tuhan kami, tabahkan hati kami mengikuti jalan teguh pendirian. Lindungkan kami didunia ini daripada punca-unca kekesalan dihari kemudian, ringankan kami daripada beban dosa, sebaliknya hidupkanlah kami sebagai hidup orang-orang yang berjasa disamping mengelakkan kami daripada bencana kejahatan orang-orang yang durjana.

Ya Allah wahai Tuhan kami, bebaskan diri kami, bebaskan ibu-bapa kami, bebaskan saudara mara kami, seluruh keluarga kami dan orang-orang yang kami sayangi daripada azab siksa kubur dan azab sengsara neraka, dibawah limpah rahmatMu jua. Ya Allah Tuhan yang maha Perkasa, Tuhan pelindung dosa kesalahan hamba, Tuhan yang bersifat lemah-lembut, Maha Gagah. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah Tuhan sebaik-baik yeng memberi rahmat, sesungguhnya dikaulah sahaja yang maha kuasa mengatasi segala-gala.

Barang dicucuri oleh Allah akan rahmat dan sejahtera jua keatas junjungan nabi Muhammad SAW, ahli-ahli rumahnya serta sahabat-sahabatnya sekalian. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Amin…….”

Demikianlah bunyi doa itu. Semuga kita sama-sama dapat menghayati doa tersebut mudah-mudahan menjadi bekal dan ada tersirat keberkatan untuk kita semua dari perbendaharaan alim-ulama kita ini.

4 Responses to Terkedu jap…..dengan Doa Selepas Solat.

  1. aida says:

    Pasti isteri dan anak-anak Arjuna bangga bila suami/ayahnya membacakan doa sebegitu hebat. Semoga keluarga Arjuna terus dirahmati dan dilindungi olehNya. Sebak hati kalau dapat mengalaminya sendiri.

  2. arjuna says:

    mudah mudahan semua dapat keberkatan dan peluang sebegitu hanya dapat dengan izinNya juga…

  3. delian says:

    amin……

  4. Sedekah adalah salah satu jalan untuk menyelamatkan bangsa dari keburukan. Amalan pengetahuan seperti yang diperbuat lewat blog, semoga juga memberikan berkah yang sama. Terimakasih atas kesempatannya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: