Ganjaran tidak terhingga, menyelami diri manusia

Pernahkah kita menyelami hati manusia lelaki dan perempuan?. Pernahkah kita meletakkan diri kita ditempat orang lain? Kalau pernah, anda mungkin tergolong dalam manusia yang di anugerahi kemampuan untuk menyelami hati manusia yang jarang-jarang dimiliki oleh orang.

Pada kebiasaannya kita hanya meletakkan diri kita ditempat tertinggi sehingga dilihat manusia lain sebagai kecil, tidak berfaedah dan tidak berguna. Walaupun tersirat didalam diri kita untuk mengetahui apakah yang sedang dialami oleh orang lain tetapi kemampuan itu hanya terhad kepada mengetahui tetapi tidak menyelami.

Kehidupan dan penderitaan

Kadangkala kita berjumpa dengan kehidupan orang lain yang lebih menderita dari kita, lalu kita hanya berkata kesedihan melihatkan penderitaan orang itu. Contohnya, apabila melihat penyakit yang dideritai oleh rakan kita, maka kita akan berkata ‘kesiannya engkau’ disaat itu. Tetapi dalam beberapa minit selepas itu, perasaan kasihan kepada rakan itu akan hilang lalu kita bergembira lagi dengan kehidupan kita yang serba sempurna.

Setiap manusia tidak akan lepas dari menghadapi penderitaan dan cobaan yang berlainan bentuknya. Tetapi disebabkan manusia itu sendiri bersifat dengan sifat lupa dan lalai, maka kebanyakan manusia mangabaikan apa yang akan dihadapinya lalu lalai dengan kehidupan yang serba mewah.

Penderitaan dan cobaan akan tetap dihadapinya, jika tidak hari ini esok-esok akan datang juga penderitaan dan cobaan yang mungkin lebih teruk dari kesanggupannya. Cobaan yang mungkin dialami mungkin bersifat sementara dan mungkin juga bersifat kekal.

Dalam hal ini, sebaiknya manusia menginsafi bahawa dirinya tidak lepas dari cobaan dan penderitaan lalu menyiapkan diri untuk menghadapinya secara psikologi. Ini dapat dilakukan dengan mengadakan muhasabah diri, menyelami selok belok penderitaan dan cobaan yang bakal ditempuhinya. Disamping itu juga kita disarankan untuk juga menyelami penderitaan yang akan dilalui oleh pasangan kita dan bagaimanakah harus kita menghadapi saat-saat genting itu.

Peranan dan kebajikan suami-isteri

Dalam hal berkaitan dengan perhubungan antara manusia, isteri adalah orang yang paling rapat dengan suaminya berbanding dengan orang lain. Isteri memainkan peranan yang penting dalam keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga. Isteri juga dapat menyelami bagaimana rasanya penderitaan seorang suami yang sedang berada didalam kesusahan. Itu adalah nilai murni seorang isteri yang dianugerahkan Allah matahati yang tajam. Walaupun demikian ada juga isteri yang tidak dapat menyelami hati suami dan tidak merasakan apa yang dirasakan oleh suami mereka. Amat malanglah sisuami yang mendapat isteri yang demikian.

Cuba bayangkan bagaimanakah pengorbanan seorang isteri yang mempunyai seorang suami yang sedang sakit. Bagaimanakah peranannya diwaktu itu? Jika suaminya terlantar sakit, maka si isteri akan berusaha untuk mengepalai keluarga menggantikan tugas suaminya. Disamping itu juga si isteri akan memastikan bahawa kesihatan suaminya terjaga dan sentiasa berdoa agar suami nya semakin pulih. Rasulullah SAW juga pernah bersabda dengan memberikan jaminan syurga kepada isteri yang menjaga suaminya yang sedang sakit sehingga juga memandang tinggi seorang isteri yang sanggup menjilat nanah suaminya yang sedang mengalir. Walaupun perbuatan itu menjijikkan tetapi ganjaran jaminan syurga telah diberikan kepada si isteri tersebut.

Di sudut yang lain pula, sekiranya suami tidak sakit, lalu isteri bertugas menjaga hal ehwal anak-anak, rumahtangga juga menjaga keperluan suaminya maka itu juga diberi jaminan syurga. Pendekata siisteri tidak perlu bertungkus lumus untuk mengerjakan ibadat yang sunat-sunat sebaliknya memadai dengan memberikan khidmat kepada suaminya dan memastikan anak-anaknya terpelihara. Dengn itu juga dianggap si isteri itu sedang beribadat. Itu adalah ibadat wajib dan berpahala. Setiap perbuatannya ditulis oleh malaikat yang bertugas sebagai amal ibadat yang besar ganjarannya.

Berbahagialah sesiapa yang menjadi isteri yang berpengetahuan dalam hal rumahtangga lalu melunaskan kewajipannya kepada suami dan keluarganya. Bayangkan juga kenapakah Allah memberikan kelonggaran tidak berpuasa dan solat kepada isteri yang sedang haid. Bukankah pada masa itu si isteri tidak dapat melakukan ibadat rukun seperti mana lelaki, tetapi ganjarannya tetap juga besar.

Berbeza dengan lelaki yang terpaksa mengerjakan rukun yang lima, dan terpaksa mengerjakan yang ibadat yang sunat-sunat demi untuk menampung lobang-lobang ibadat wajib yang mungkin rosak. Pada masa yang sama juga sisuami juga di berikan kewajipan untuk mencari nafkah dan melaksanakan nafkah zahir dan batin kepada isteri dan anak-anaknya. Apa-apa kepincangan yang berlaku atas diri isterinya adalah dosa yang terpaksa ditanggungnya. Demikian juga apa-apa dosa yang dilakukan oleh anaknya akan dipertanggungjawabkan diatas kepala suami. Maka akan menjawablah sisuami di hadapan Rabbul Jalil dipadang Mahsyar kelak kenapa dia membiarkan isteri dan anak-anaknya bergelumang dengan kebatilan, kemaksiatan dan kemungkaran.

Mensyukuri kedudukan

Apabila kita boleh menyelami kehidupan manusia, maka kita boleh menilai sejauhmanakah kedudukan kita disisi tuhan. Sejauhmanakah kita mensyukuri akan nikmat yang diberikan Allah kepada kita berbanding dengan orang lain. Adakah kita juga boleh menjadi seorang isteri yang mendapat naungan anugerah istimewa sepanjang hayat ataukah hanya menjadi duri-duri yang akan menyakitkan dan mencederakan suami kelak diakhirat.

Jika dipihak suami pula, adakah sisuami dapat melaksanakan tuntutan isteri dan anak dari segi nafkah zahir dan batin?. Adakah suami dapat menjalankan tanggungjawab untuk memelihara anak-anak dan memberikan pelajaran agama dan lain-lain pelajaran sewajarnya kepada mereka?

Selamilah kehidupan manusia dan ambillah iktibar pengajaran dari apa yang ditunjukkan oleh Allah dihadapan kita. Sebaliknya janganlah kita hanya melihat dan mencemuh kehidupan manusia yang lebih kecil kemampuannya dari kita. Siapa tahu, kehidupan manusia yang nampaknya kecil dihadapan kita sebenarnya dipandang tinggi disisi Allah berbanding dengan kehidupan kita yang nampak selesa, aman dan sentosa. Mungkin kesusahan, keperitan hidup dan kesakitan yang dialami oleh orang lain itu adalah sebesar-besar pahala di garap setiap hari ganjaran dari Allah, nikmat dari kesabarannya.

Ganjaran keperitan

Janganlah pula kita mengatakan bahawa penderitaan, kepedihan hidup dan kesakitan yang dihadapi oleh kita atau sesiapa sahaja adalah bala yang diturunkan oleh Allah kepada kita. Kerana kita tidak ada hak untuk menetapkan bahawa itu adalah bala dari Allah sebaliknya hendaklah kita bersangka baik kepada Allah bahawa apa yang diberikanNya adalah berupa hadiah untuk menaikkan martabat kita di sisi Allah.

Ingatlah bahawa Allah amat-amat menyukai hambanya yang sentiasa menyebut namaNya dan sentiasa berdoa memohon kepadanya. Allah amat suka mendengar rayuan-rayuan hambanya walaupun berkali-kali walaupun berhari-hari berbeza dengan manusia yang akan jemu dan jengkel dengan permohonan yang berulang-ulang. Demikianlah kasih Tuhan terhadap hambanya. Demikianlah perbezaan manusia dengan Penciptanya.

9 Responses to Ganjaran tidak terhingga, menyelami diri manusia

  1. adenna08 says:

    kadang2 putting ourself in other people’s shoes can lead to keinsafan tuk kita..tapi kekadang ada keburukan juga bila ada yang too carried away.. for me bleh je nak tempatkan diri kita kat tempat org len,but we have to realize what we have now and guna kan dan nikmati apa yg kita ada slagi masih ada..kang dah tak de baru terkapai2 nak cari..but klu tejadi pun nak buat camne..tu la nikmat kepahitan..

  2. arjuna says:

    kepahitan pun nikmat juga kannn?

  3. adenna says:

    nikmat..nikmat pahit..

  4. arjuna says:

    pahit2 kadang2 manis timbulkann

  5. adenna says:

    pahit manis kehidupan…mana ada manusia yg manis je kehidupan dia… mesti la ada masam sket,pahit sket,masin sket..haa semua ada la.. ^__^

  6. aida says:

    Kata orang “Cubit paha kiri, paha kanan pula terasa. Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.” Pepatah itu lebih cenderung melibatkan hubungan antara manusia. (walau dengan binatang pun kita kena bersifat mengasihani). Samada antara kita dengan kawan, dengan jiran tetangga, dengan saudara seislam atau lebih rapat lagi dengan suami/isteri.

    Walaupun kita tak dapat merasa sebenar-sebenar penderitaan orang lain, tapi keprihatinan kita mendengar sudah cukup baik apatah lagi kalau kita dapat membantu mengikut kemampuan. Kita mungkin tidak ingin menjadi seperti mereka yang malang itu, tapi itu semua bukan urusan kita dan bukan kita yang tentukan. Hari ini hari dia, mungkin esok atau lusa hari kita pula. Cara kita menanganinya bergantung banyak pada pengalaman dan kekuatan kita. Ramai ke orang cuba meletakkan diri mereka menjadi orang malang? Cuba kita tanya pada diri kita sendiri. Pernahkah kita kata …. “Kalaulah aku jadi macam tu, eh tak mahulah. Atau dimulut kata kesiannya engkau…. di hati (padan dengan muka kau!) Jauhi sifat-sifat itu.

    Apapun Arjuna, kalau hati kita sudah memang di tanam sifat-sifat mengasihani, tercampak kat manapun, sifat tu tak hilang. Kita pergi bank, jumpa org minta sedekah tepi kaki lima, kesian dia…(kesian aje, hulurlah duit!). Kita jumpa pegawai bank pulak yang handsome giler, tapi juling itik… kesian dia… kita nampak perempuan pakai baju cantik merah menyala, jalan jengket sebelah…. tak kena dengan gayanya lagi, kesian dia…… kita pergi bazar ramadhan tengok makcik jual kueh, tak luakpun kueh kat atas meja, kesian dia … berapa byak modal dia buat kueh tu tau! Kita pun belilah kerana kesian… last2 kita sendiri tak makan …. campak dlm tong sampah kueh tu.. kesian dia….

    Terlalu banyak kita meletakkan diri kita pada orang yang malang. Ada tak orang lain meletakkan diri mereka pula menjadi kita?

    Kerana itulah, kita disarankan supaya menziarahi orang sakit, orang meninggal, rumah orang-orang tua atau menziarahi sekolah anak-anak yatim, supaya kita selalu dapat menginsafi diri dan merasa syukur diatas kehidupan yang ada sekarang. Semoga hidup kita terus dirahmati Allah swt. Ameen….

  7. arjuna says:

    ya…insyaalah.. amalkan sama2 sifat yang baik2 tu…

  8. nida08 says:

    ………kekadang, kerana kasihan, kita pulak yang terpaksa berkorban untuk kebahagiaan dan kegembiraan orang lain, sedangkan kita terpaksa korbankan kebahagiaan dan perasaan sendiri………………!

  9. arjuna says:

    Naz, berkorban dan terkorban memang adat.

    Kalau ayam, itik, lembu dan kambing tidak berkorban dan terkorban manusia tidak akan mendapat makanan. Itu lumrah kehidupan dan tabiee alam ketentuan tuhan.

    Itu bukan sahaja pengorbanan perasaan tau, tapi nyawa melayang kerana kebahagiaan manusia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: