Seni dalam Puasa.

Kita telah berpuasa selama 2/3 bulan sekarang ini dan telah pun merasai berbagai-bagai cabaran dan dugaan di dalam bulan Ramadhan. Mungkin pada minggu pertama kita merasakan keletihan dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan jadual harian yang berbeza dengan jadual harian sepanjang tahun. Walaupun demikian kita telah berjaya melaluinya sehinggalah hampir berakhirnya bulan Ramadhan ini. Bak kata pepatah ‘alah bisa, tegal biasa’ sehinggakan kita tidak merasakan kesulitan pun berpuasa.

Pernah kita mendengar bagaimana para sahabat atau tabiin, ulamak2 dan orang-orang alim yang begitu sedih apabila hampir berakhirnya Ramadan. Sebenarnya apakah yang mereka sedihkan. Adakah mereka ini saja-saja sedih, atau bagaimana? Sebenarnya mereka berasa sedih kerana:

  1. Bulan Ramadhan yang banyak mengajarnya erti penghambaan akan berakhir.
  2. Keduanya, sedih kerana amalnya mungkin dirasakan masih kurang walaupun mereka telah melaksanakan yang wajib dan sunat berlainan dengan orang lain
  3. Mereka merasakan bahawa jadual mereka akan berubah selepas bulan Ramadhan
  4. Mereka akan merindui suasana yang penuh dengan keberkatan
  5. Mereka merasakan bulan puasa ini mungkin adalah bulan yang terakhir bagi mereka menikmatinya.
  6. Mereka takuti amalan mereka tidak diterima oleh Allah dan berharap keikhlasan mereka berpuasa dinilai oleh Allah.

Bagi orang biasa seperti kita ini, puasa mungkin dilihat sebagai waktu kesukaran. Kesukaran untuk berlapar. Kesukaran untuk menukar jadual harian. Rasa letih. Terpaksa bangun awal untuk bersahur. Terpaksa mengawal mata. Terpaksa mengawal mulut. Terpaksa mengawal nafsu. Terpaksa mengawal kelakuan. Terpaksa mengawal makan-minum.

Puasa juga mempunyai seni tersendiri kalau kita fikirkan sedalam-dalamnya. Puasa sebenarnya bukanlah berkenaan dengan suka atau tidak suka berpuasa. Tetapi puasa adalah berkenaan dengan perubahan ‘change’ dan menyesuaikan diri kita dengan ajaran Islam. Itulah seni yang terselindung dalam berpuasa.

Dengan berpuasa kita mengajar diri kita untuk berubah dan menyesuaikan diri dengan perubahan. Kita dikehendaki untuk menyesuaikan diri dengan jadual baru. Kita diajar untuk mendisplinkan diri. Menerima perubahan sepertimana yang di kehendaki oleh agama. Bukankah ini merupakan pengajaran yang paling baik, paling sempurna yang terpaksa kita harungi.

Dalam hidup ini kita terpaksa berhadapan dengan perubahan-perubahan. Tanpa perubahan kita tidak akan berjaya. Kita akan berada di tahap lama sekiranya kita tidak berubah. Tidak ada daya upaya kita untuk mengubah ajaran dan suruhan, sebaliknya kita terpaksa mengakui bahawa kita terpaksa berubah. Maka kita berubah, dan mengubah jadual harian kita dengan bangun awal, beribadat, bersahur, sempat bersolat subuh, berpuasa mengikut jam yang ditentukan, berbuka apabila sudah cukup waktu, bertarawih dan solat witir, membaca quran, beriktikaf, qiamulail dan sebagainya.

Bukankah kita terpaksa mengikut waktu yang ditetapkan oleh ajaran Islam? Kita terpaksa mendisplinkan diri untuk menetapkan waktu mula berpuasa dan berbuka.

Dibulan-bulan yang lain dari bulan Ramadhan, kita mungkin suka-suka makan bila sahaja kita hendak. Tetapi dalam bulan puasa kita terpaksa berubah.

Berubah mengikut keadaan. Begitulah gambarannya sebagai pengajaran kepada kita sebagai umat Islam, menurut apa yang diperintahkan. Suka atau tidak, kena turut. Suka pun kena turut. Tidak suka pun kena turut. Yang penting kena buat apa yang disuruh. Jangan buat apa yang dilarang. Suka atau tidak suka tidak boleh buat apa yang dilarang. Tidak kira siapa dia dimuka bumi ini, yang miskin, berharta, berpangkat, rakyat jelata maupun raja-raja semuanya kena sama-sama mengikut ajaran. Samalah dengan ajaran yang lain-lain juga. Kena ikut, kena turut, suka atau tidak mesti ikut.

Itulah seni dalam berpuasa.

Kita tahu bahawa kita kena buat, tapi kita tidak suka buat, terpaksa juga kita buat dengan cara berubah ‘change’. Ubahlah asalkan kita ini berada dilandasan ajaran.

Mungkin perubahan yang kita lakukan didalam bulan puasa ini sedikit sangat, tetapi ingat kata-kata Stephen R. Covey; “if you want a small changes – you work on behaviour, if you want big changes – you work on paradigm shift”.

Lebih pandai Stephen R. Covey yang nyata bukan Islam berbanding kita umat Islam. Dalam berpuasa pun ada ‘small changes’ dan ‘big changes’ kalau kita mahu. ‘Small changes’ dalam berpuasa hanya melibatkan tidak makan, minum, lapar, berbuka, bersahur, beramal ibadat sembahyang tungging-tebalik tanpa mengambil iktibar dari apa yang disuruh buat.

Manakala ‘big changes’ atau perubahan besar dengan ‘paradigm shift’ adalah apabila kita merasakan bahawa betapa terdapat berbagai-bagai pengajaran (dalam arahan berpuasa dan lain-lain arahan) yang kecil dan besar yang mengajak kita berubah, membuat perubahan fizikal dan mental.

Banyaknya dari kita tidak mahu berubah, tidak mahu mengubah, tidak ada hati nak berubah, melawan perubahan dan bencikan perubahan.

Accommodate to changes’. ‘Be a change agent’ atau jika tidak boleh menjadi agen perubahan, jadilah hanya kiambang yang bertaut pada apa yang berlalu. Kiambang tetap kiambang yang tidak berubah tetapi boleh melekat pada apa yang berlalu, lalu mengikut kemana sahaja dia dibawa. Itu lah selemah-lemah manusia, terapung-apung dengan akar tidak jejak kebumi.

One Response to Seni dalam Puasa.

  1. aida says:

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT ARJUNA DAN KELUARGA. SEMOGA DIRAHMATI ALLAH SWT . DARI AIDA SEKELUARGA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: