Faham dan Tahu..

Ooo,, sekarang I dah paham…Ooo sekarang I dah tahu… apa yang tahu? Apa yang paham? Sejauh mana kita faham sesuatu perkara atau faham gelagat seseorang manusia?

Kadangkala kita hanya melihat dan berkomunikasi dengan seseorang lalu kita membuat anggapan berkenaan dengan orang itu. Anggapan kita tidak lain hanya menyimpulkan dua perkara; 1. Baik dan 2. Buruk seseorang itu.

Apakah kesan anggapan kita itu? Kesannya kita melabel manusia itu menurut kriteria diri sendiri sedangkan latarbelakang orang itu tidak pernahpun kita lalui. Yang kita tahu adalah sedikit dari banyak-banyak. Umpama ketulan ais beku yang di panggil ‘iceberg’ di Kutub Utara atau Kutub Selatan. Apa yang zahir dimata kita hanyalah penjuru atas ketulan ais tersebut manakala sebahagian besar atau mungkin 99% tidak kelihatan berada di bawah air.

Oleh itu sebaik-baiknya jangan lekas membuat andaian terhadap seseorang. Yang penting buatlah andaian terhadap diri sendiri dan lihatlah apa yang ada pada diri orang untuk dibuat iktibar kepada diri kita kerana kehidupan manusia tidak semudah yang kita fikirkan. Apa yang berlaku atau perlakuan  orang disekeliling kita adalah hasil dari berbagai-bagai pengalaman yang telah dialami selama hidup orang itu. Manakala kita tidak pernah pun mengalami perkara yang sama dengan orang itu. Sekiranya kita tidak pernah bersama orang itu mengharungi pahit manis kehidupan, bagaimanakah kita boleh mengatakan “Ooo.. sekarang aku dah tahu siapa dia sebenarnya”. Atau kita akan berkata “Oo…sekarang aku dah faham dia..!”

Bersangka baiklah. Dengan bersangka baik, hati kita tidak sakit dan hati orang pun tidak sakit.

One Response to Faham dan Tahu..

  1. aida says:

    Kdg2 kita mudah melabelkan orang hanya dari pandangan zahir saja. Sebenarnya kita perlu berkawan dan dari situ kita boleh mengenali hati dan budi dirinya. Berkawanpun kalau sekejap masih belum cukup untuk kita memahami dirinya. Apa lagi kita yang jauh, tak pernah bertemu, rupa pun kenal.. kalau terlanggar bahu. Bukan kita saja nak memahami dia, diapun nak memahami diri kita jugak. Pernah terdengar dari mulut seorg makcik (dululah).. org yang kita tidor sebantal dengan kita, berlainan mimpi, dan belum tentu dapat memahami kita. Smpai matipun kdg2 suami isteri masih tak memahami kehendak pasangan. Itu antara kata2 yang Aida ingat. Ini ada satu puisi sangka2 untuk Arjuna. Aida ambil dari risalah masa perhimbunan bulanan jabatan…

    Puisi Sangka-Sangka

    Manusia hari ini suka sangka-sangka
    Ada sangka baik
    Ada sangka buruk
    Orang beribadah disangka riak
    Orang rileks disangka malas
    Orang berpakaian baru disangka menunjuk
    Orang berpakaian buruk disangka hina
    Orang makan banyak disangka pelahap
    Orang makan sikit disangka ‘diet’
    Orang berperangai baik disangka buruk
    Orang berperangai buruk disangka baik

    Orang senyum disangka mengejek
    Orang yang masam disangka merajuk
    Orang berbincang disangka mengumpat
    Orang yang diam disangka menyendiri
    Orang yang menawan disangka menggoda
    Orang yang ceria disangka mengada
    Orang yang bertanya disangka menyibuk

    Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
    Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
    Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
    Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
    Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
    Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
    Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

    Justeru itu ………………………………….
    Sesuatu perkara yang kita lihat
    Jangan suka sangka-sangka
    Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
    Kerap sangka-sangka mengundang celaka
    Jangan terlalu bersangka-sangka
    Jauhi sikap sangka-sangka

    Bersangka baiklah pada orang lain, orang akan bersangka baik pada kita. OK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: