Bahagiakah aku..?

Alangkah bahagianya jika apa yang kita kehendaki diperolehi.

Bayangkan bagaimana kehidupan kita semasa kecil di asuh dan di besarkan dibawah jagaan ibu dan bapa yang sangat-sangat memahami kehendak anaknya. Jika kita sebagai anak pada masa dulu tidak mengerti apa-apa kadangkala meminta ayah atau ibu belikan berbagai-bagai benda. Jika kita dibelikan apa yang kita hajati maka kita akan berkata “Sayang Ayah!”. Seronoknya bukan kepalang. Tetapi sekiranya kita tidak dibelikan apa yang kita kehendaki maka kita akan tunjuk perasaan dan akan melabelkan ayah kita sebagai kedekut dan tidak sayang pada kita. Tidak pula kita fikirkan kenapa ayah tidak belikan kita barang atau alat mainan yang kita kehendaki itu.

Semasa remaja kita belajar dan mempunyai cita-cita untuk menjadi itu dan ini. Sekali lagi kita akan berperangai seperti budak-budak sekiranya kita tidak memperolehi apa yang kita hajati. Tetapi kalau apa yang kita hajati itu diperolehi maka kita akan seronok bukan kepalang. Maka diceritakan kejayaan kita itu kepada ibu bapa, sahabat handai dan rakan taulan yang kita telah berjaya mencapai cita-cita.

Begitulah seterusnya kita berkelakuan tidak kira apa usia kita. Bentuknya sama sahaja, berasa sangat bahagia kalau apa yang kita kehendaki itu diperolehi dan merasa murung dan tidakpuas hati sekiranya perkara yang sebaliknya berlaku pada kita.

Bagi isteri pula, amat mengidam-idamkan mendapat suami yang boleh membahagiakan dirinya dan keluarganya. Bagaimanakah keadannya suami idaman yang membahagiakan itu? Secara kasarnya, suami idaman antara lain seorang yang bertanggungjawab, seorang yang memahami perasan isteri, bertolak ansur, tidak curang, menyayangi isteri dan anak-anak, seorang yang berada, seorang yang beragama, mempunyai pekerjaan yang stabil, memberikan nafkah zahir dengan sempurna, memberikan nafkah batin sepuas hati, mempunyai kedudukan dan sebagainya yang dianggap ‘mithali’.

Bayangkan jika suatu hari seorang suami yang perangai tidak menepati kehendak isteri berubah dari yang merokok kepada berhenti merokok, dari seorang kaki botol berhenti minum, dari seorang kaki judi berhenti berjudi, dari seorang kaki ‘clubbing’ berada dirumah setiap malam, dari seorang yang tidak bertenaga batin menjadi kuat, dari tidak romantik menjadi romantik, dari seorang pengotor menjadi sukakan kebersihan, dari seorang yang suka membuang sampah merata-rata kepada kemas dan rapi, dari suka menengking isteri dan anak-anak kepada seorang yang berlemah-lembut, dari seorang yang suka mengarah itu dan ini kepada pandai berdikari, dari seorang yang tidak tahu beribadat kepada yang sukakan ibadat.

Bayangkan juga anda mendapat suami yang berubah dari hanya apabila dirumah suka menonton TV dan keterlaluan membaca akhbar kepada yang suka mengemas rumah, membersihkan rumah, mencuci pinggan mangkuk, mencuci kain baju. Yang memberikan kelapangan kepada isteri untuk menonton TV menikmati drama kesukaan atau menonton filem Hindi. Tidak cukup dengan itu sisuami membelikan DVD movie ‘soap opera’ Korea dan sebagainya untuk isterinya menonton.

Juga bayangkan suami anda seorang yang lemah lembut, mendengar apa yang anda ucapkan lalu berbincang dengan ramah-tamah bersama isteri. Selalu senyum bila dirumah dan kadangkala membuat anda ketawa dengan cerita-cerita kelakarnya. Semakin seronok jika suami anda mengingati hari lahir anda dan membuat kejutan dengan menghadiahkan sejambak bunga bila saja tiba hari ulangtahun perkahwinan. Tiba-tiba suami anda membuat kejutan dengan memberikan anda hadiah barangan kemas, perfume, kasut kulit berjenama, beg tangan berjenama, menghadiahkan pakej ‘spa’ atau menghadiahkan pakej pelancungan kepada anda.

Tentunya bahagia dirasa apabila semua yang isteri mahukan dari suaminya dipenuhi.

Tetapi, tidak semua yang isteri hajati dari suami diperolehi. Kadangkala isteri mendapat suami yang pendiam sehinggakan apabila berbual dengannya pun dirasakan bercakap sendirian. Kadangkala isteri mendapat suami yang kaki dakwah sehingga ditinggalkan keluarga berbulan-bulan keluar berdakwah. Kadangkala memperolehi suami yang mementingkan diri sendiri, setelah ‘puas’ ditinggalkan isteri ‘terkantung-kantung’ tidak kesampaian. Ada pula mendapat suami yang terlalu ‘aktif’ sehinggakan merisaukan isteri kerana siisteri tidak dapat ‘memenuhi’ kehendak suami itu. Tersiksanya jika siisuami hanya boleh sekadar sekali-sekala ‘mencelup’ terus ‘meletup’ lalu terkulai memalingkan diri kedinding tanpa berkata apa-apa.

Ada pula isteri yang mendapat suami yang sentiasa sakit keuzuran sehinggakan siisteri tidak sabar lalu mencari jalan untuk ‘melaksanakan’ hajatnya. Juga terdapat kisah suami yang sentiasa sibuk bekerja, outstation sana-sini sehinggakan hendak menatap wajah suami seminggu sekali pun payah. Apatah lagi jika memiliki suami yang tidak langsung menghiraukan hal anak-anak sehinggakan kesemua urusan rumahtangga hanya diuruskan oleh isteri. Lebih malang ada suami yang tidak mahu bekerja sebaliknya menadah tangan kepada isteri untuk mendapatkan wang buat membeli sekotak rokok. Tidak lupa juga malang bagi isteri yang mendapat suami yang kaki perempuan, berseronok suka jauh-jauh malam dan kadangkala tidak pulang kerumah kerana bermalam di rumah kekasihnya.

Begitulah asam garam kehidupan, kebahagiaan yang kita kehendaki tidak kita perolehi. Dari itu banyaklah isteri yang menunding tangan kepada suami, “Awak lah punya pasal menyebabkan rumahtangga kita kucar kacir!”, “Abang hanya pentingkan diri sendiri sahaja, tidak bertanggungjawab”, “Dimana janji-janji abang dahulu semasa kita bercinta?”, “Kenapa abang berubah?”. “Ini semua kerana betina keparat itulah..!” Dan berbagai-bagai lagi telunjuk menunding keatas kebawah, kiri dan kanan.

Jika di tenung dalam-dalam, kenapakah tuhan jadikan kita manusia berpasang-pasang, dilengkapi dengan pancaindera dan hartabenda juga diberikan akal fikiran dan tamsilan untuk kita mengambil iktibar. “Salah akukah atau salah dia?”

Kebahagiaan yang kita harapkan tidak kunjung tiba, sedangkan kita masih lagi berdoa kepada Tuhan untuk berikan kita apa yang kita hajati tidak berhenti-henti.

Tidak pula kita fikirkan yang hidup kita tahun lepas telah berjaya mendapat kebahagiaan pada tahun ini, hidup kita semalam telah berjaya mendapat kebahagiaan pada hari ini. Kebahagiaan apa? Tanpa kita sedari kebahagiaan itu dianugerahi tanpa diundang. Itulah kebahagiaan mendapat sehari lagi hidup dengan berakal, boleh lagi berusaha dan boleh lagi berdoa sebelum ditarik roh dari badan. “Afala tatafakkarun..!”

17 Responses to Bahagiakah aku..?

  1. aida says:

    Jangan terlalu memikirkan kenapa tak bahagia Arjuna. Sedang kebahagian itu memang dah ada didepan mata. Cuma kita tidak merasai kehadirannya. Kita kadang-kadang terlalu memikirkan kesempurnaan, menjadikan kita sering tidak merasa ‘puas’ dengan apa yang dimiliki. Tanyalah si kaya apa yang menyebabkan mereka tak bahagia? Tanyalah si miskin kenapa mereka bahagia sedang tak punya apa-apa. Sebenarnya kita saling memerlukan untuk merasai ‘kebahagiaan’ itu. Kalau si kaya dapat menyumbang harta kepada si miskin, hiduplah si miskin dengan lebih sempurna mungkin. Dan si kaya akan merasakan satu ‘kepuasan’ dapat melihat kebahagiaan itu. Begitu jugalah kehidupan rumahtangga. Saling memerlukan. Untuk mencari kesempurnaan dan kepuasan dalam hubungan suami isteri memang sukar. Paling tidak kita berdiam diri saja. Atau mencari alternatif lain supaya beban itu tak berpanjangan. Tapi sampai bila ? Sehingga satu masa, nikmat yang kita tidak syukuri itu ditarik atau ajal mematikan semua ketidakpuasan yang kita cari selama ini. Kerana kita manusia yang punya ‘akal lebih’ tak henti berusaha mencari sesuatu yang baru, sesuatu yang dapat menyempurnakan
    ‘kehendak’ (peribadi?), maka jika tidak kesampaian (bukan kerana gagal) tapi halangan-halangan yang adakala ‘berhukum’ menyebabkan kita berhenti untuk itu. Belajarlah menerima seadanya… ia satu perjuangan ! Bahagiakah aku… ?

  2. adenna says:

    bahagia? no exact term for bahagia. Terpulang ngan diri memasing on how to define bahagia.

  3. Anonymous says:

    aida.. memang setuju sangat dengan kata2 aida tu. Takkan kesampaian kalau dah di takdirkan begitu. Maka pandai2 lah memasing.

  4. Anonymous says:

    memang lah adenna, tak ada siapa yang boleh kata bahagia cam tu cam ni. kalau nak ikutkan sekarang ni adenna bahagia ke tak?

  5. adenna says:

    ntah..nak cakap bahagia pun kekadang cuma seketika..sometimes rasa sangat terseksa…espclly bila berhadapan ngan perpisahan ngan org yg tersayang…rasa kehilangan sangat la…bukannya tak bersyukur ngan apa yang ada sekarang ni,but tu naluri seseorang kan..that’s what i felt…bahagia in a way…tersiksa in a way…

  6. arjuna says:

    oo.. cam tu.. kiranya macam bahagia sesudah derita dan derita sesudah bahagia lah ekk

  7. adenna says:

    macam tu la..what goes around goes around..

  8. arjuna says:

    what comes around goes around

  9. nida08 says:

    oooo…..aku ingat aku sorang je dalam dunia ni yang kejap bahagia kejap tak………ingatkan aku sorang je yang selalu sedih…………………………

    …………..aku rindu dia!!

  10. aida says:

    sabar Naz… sekurang2nya kita ada blog ini utk curahkan segalanya… Akak kan ada !

  11. arjuna says:

    baguslah.. sumer boleh nasihat menasihati… cam tu larr..

  12. nida08 says:

    ……………kenapa aku harus melalui semua ini? …saat aku ingin tersenyum, dia buat aku menangis….saat aku menangis, dia ingin aku tertawa..kenapa dia tak membiarkan aku berbuat sesuka hatiku?……. kenapa?……mahu saja aku lepuk kepala aku nih!

  13. nida08 says:

    ..bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu
    kanku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku
    ………
    Tuhan…maafkan diri ini
    yang tak bisa lari menjauh dari angan tentangnya
    namun apa lah daya ini kerana ternyata
    sesungguhnya aku terlalu cinta dia………………..

  14. arjuna says:

    Naz… dugaan dan cubaan datang berbagai bentuk. Tak semua orang sama dugaan2 tu. Cuba lihat entry Arjuna bertajuk Doa diatas.

    Mungkin ada sedikit penawar untuk siapa-siapa yang sedang diduga.

  15. nida08 says:

    …aku ingin tabah cam korang sume

  16. adenna says:

    life is not a fairy tale,its a reality tv show….

  17. I simply wanted to write a quick word so as to express gratitude to you for these lovely solutions you are giving at this website. My incredibly long internet search has at the end been compensated with good strategies to go over with my pals. I ‘d state that that we site visitors are truly lucky to dwell in a magnificent site with many special professionals with very helpful suggestions. I feel truly blessed to have discovered the web pages and look forward to plenty of more excellent minutes reading here. Thanks once more for everything.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: