NAJIS KOCIK…NAJIS BOSAR

(dari email kawan-kawan)

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan mengajak aku sekali. Aku pun ikut sama.

Majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang yang datang, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin macam biasa duduk atas bantal macam raja.

Jadi masa duduk bersila tu, aku pun mengesot dekat untuk mendengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 juga soalan tok kadi tanya. Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kena sembahyang, dengan lajunye pengantin lelaki tu menjawab ‘lima’.

Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang masih kecik. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, pengantin tu dah mula panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling, aku rasa macam nak tolong je pengantin lelaki tu…bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi pengantin dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi….tok kadi mula senyum… Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar ‘anjing ngan babi la hoi’, tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar.

Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi….tapi bila pengantin tu jawap ‘Taik Gajah’ suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan,…taik gajah… memang besar betul..nak pula bila gajah makan durian. Haha.. LOL…!! Sian Pengantin lelaki tu.. sian juga pengantin perempuan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: