Ponteng Solat Jumaat

Alkisah…Seorang lelaki Islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, tiba-tiba dia terlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah.

Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

“Ya Allah,” doa lelaki tersebut,”Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya Allah..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman..tolong ya Allah! Aminnn..”

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan lelaki tadi. Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa,

“Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Aminn..”

2 Responses to Ponteng Solat Jumaat

  1. aida says:

    Aida nak jadi HARIMAU ! sbb pempuan x gi sembahyang Jumaat; Arjuna jadi lelaki tu.. sekali kena NGAPP !

  2. Anonymous says:

    hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: