Menantuku.. Bapa Mertuaku..

Alkisah pada suatu hari seorang bapa mertua hendak memberi nasihat kepada menantu lelakinya dengan cara mengajak menantu lelakinya itu bermain dam aji. Menantu lelakinya itu memang sejak lepas kahwin menetap dirumah bapa mertuanya. Dia seorang yang pemalas dan pula kuat makan.

Disebabkan tidak ada apa kerja lagi setelah selesai makan tengahari, ajakan bapa mertua untuk bermain dam terpaksa dilayan oleh menantu tersebut.

Permainan dimulakan, masing-masing menyorong buah dam kedepan berselang seli. Sengaja bapa mertua memberikan peluang kepada menantu lelakinya untuk makan buah damnya dua kali. Selepas menantunya ‘makan’ buah dam bapa mertuanya, maka berkatalah bapa mertuanya “Kau ni asyik makan je… kerja pula malas!”.

Terasa hatilah menantu lelaki itu dan tersipu-sipu malu bercampur geram. Dalam hati menantu “Siap kau bapa mertua ku, kejap lagi aku kerjakan kau pula!”.

Dibiarkan bapa mertuanya pula makan buah dam nya sehingga dapat ‘naik aji’. Bukan sekali dia biarkan bapa mertuanya ‘naik aji’, tetapi dua kali berturut-turut. Tersengih-sengihlah orang tua itu kerana pada sangkaannya dia telah berjaya mengalahkan menantunya yang pada hematnya bodoh.

Tetapi sangkaannya bapa mertua itu meleset, sebaik sahaja dia ‘naik aji’, menantu lelakinya berkata “Ish bapa nih… dah dua kali naik aji…sembahyang selalu tinggal-tinggal!”.

Mendengar kata-kata menantunya itu, maka tercorotlah muka bapa mertuanya menahan malu. Dalam hatinya berkata “aduhh…kau kenakan aku pula….”

Dalam keadaan masing-masing sudah terkena, mereka menghabiskan permainan dam dalm keadaan tergesa-gesa terdiam dan tidak banyak berbicara lagi selepas itu.

Pengajaran: ‘bapa borek, anak rintik’

3 Responses to Menantuku.. Bapa Mertuaku..

  1. adenna says:

    hantuk je kepala dedua sesama…

  2. nazrida says:

    buat naz tersenyum!

  3. aida says:

    senyum sampai kat tinger…. (telinga)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: