Mak Masuk Wad (part II)

Pagi Jumaat itu, setelah bersarapan dihospital bersama ‘Mem’ dan kakak, aku ke kedai buku untuk mencari buku-buku rujukan dan soalan-soalan latihan untuk anak ketigaku yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun pada hari Isnin nanti. Disebabkan semua rancangan semenjak hari Jumaat telah berubah maka terpaksalah anakku itu membuat latihan dirumah kakak. Dah dikedai buku, aku menghabiskan masa satu jam kerana aku memang tak boleh berada di kedai buku kalau tidak membeli buku untuk aku juga.

Balik kerumah kakak aku, setelah memberi arahan kepada anak lelaki sulongku untuk menjadi tutor adiknya, aku mengajak bapa ku untuk menjenguk mak lagi sekali walaupun dah pukul 11: 30. Mesti ada di masjid pada pukul 1.00 petang untuk solat Jumaat.

Memang bukan waktu melawat ketika kami sampai. Walaupun pada hari Jumaat, waktu melawat tetap pada pukul 1 petang hingga 2 petang. Nasib baik ‘guard’ hospital itu bertimbangrasa membenarkan kami menjenguk ditingkap.

Hasil pemeriksaan doktor, kami diberitahu keadaan Mak sudah semakin pulih. Sudah boleh bangun, makan dan mandi dengan sendiri. Semua kerja-kerja menguruskan Mak termasuklah makan minum dilakukan oleh ‘Mem’. Aku banyak berterimakasih pada dia kerana lain-lain anak perempuan menantu tak dapat menunggu dihospital. Kakak yang sulong di Shah Alam tak balik kerana keadaan Mak dah semakin OK dan dia terpaksa menguruskan ladang mereka yang sudah mengeluarkan hasil. Adik perempuanku di Klang juga tidak balik kerana dia sedang mabuk-mabuk. Menantu perempuan iaitu isteri adikku ada balik kampung tetapi dia ditugaskan menguruskan rumah kakakku yang penuh riuh-rendah dengan anak-anak yang kesemuanya berjumlah 10 orang.

Solat Jumaat, khutbah itu banyak membuatkan aku berfikir. Tajuk “Hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Allah” menjadikan aku terkedu dengan iktibar yang sangat dalam. Pati khutbah itu, jika hubungan kita dengan manusia ada masalah, maka hubungan kita dengan Allah juga ada masalah. Hubungan dengan manusia termasuklah hubugan dengan ibu bapa, dengan pasangan, dengan  saudara dan sahabat handai, dengan anak-anak dan sebagainya. Jika dengan mereka kita ada masalah, ‘tidak ngam’ dan penuh dengan ‘tribulasi’ (troubles, problems) maka itu bermakna kita ada masalah dengan Tuhan.

Bolehkah manusia ada masalah dengan Tuhan? Memang malang jika kita ada masalah dengan Tuhan. Dimana kita nak tinggal, kemana kita nak pergi kerana kesemua didunia ini milik Tuhan dan kita ada masalah dengan Tuhan. Kalau tuhan dah benci,  seluruh alam membenci kita, seluruh isi alam tak redho kita duduk dan menikmati dunia ini. Banyaklah huraian, banyaklah kena mendalami, banyaklah sendiri kena berfikir dan tafakur.

Lepas Jumaat, aku ke hospital lagi ambil ‘Mem’ sebab dia nak balik berehat sekejap. Kakak aku akan menganggantikan tempat ‘Mem’ pula. Aku siap ‘baggage’ semua masuk dalam bonet, bawa anak-anak semua sebab nak kerumah Mak Mertuaku. Disana nanti dia boleh berehat dan tidur kerana tak banyak gangguan dan lebih selesa baginya. Di rumah Mak Mertuaku, setelah makan petang, ‘Mem’ melelapkan mata tapi aku tak dapat melelapkan mata walau sekejap sebab bising dengan anak-anak buah dan panas. Tahan sajalah.

Lepas Isya, kami ke hospital lagi kerana ‘Mem’ akan menggantikan tempat kakak untuk malam itu. Aku menunggu di luar wad lagi sekali sekala menjenguk di tingkap wad sampai pukul 2 pagi. Mata dah rasa berpasir, badan rasa tidak menentu saja. Kepala sakit dan rasa terapung-apung. Keputusannya, aku balik kerumah Mak, untuk selesaikan masalah mata. Pukul 330 pagi aku hilang ingatan dah tak ingat apa-apa lagi sampai pagi keseorangan.

Pagi Sabtu, tanpa sarapan aku kehospital lagi, jenguk Mak dan bawa balik ‘Mem’ ke rumah kakak pada pukul 11. Dengar cerita mak dah boleh keluar wad petang tu. Mak di tunggu oleh anak perempuan kakak pula sementara kakak aku akan sampai ke hospital jam 12 tengahari.

Tak lama dirumah kakak, kami dapat panggilan kakak dah bawa mak keluar dari hospital dan sekarang berada dirumah adiknya yang juga sudah berapa hari demam. Kami pergi kesana untuk berjumpa Mak dan berpeluang melawat Makcik juga. Hampir sejam, kami bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kerana kami akan kerumah Mak Mertua dan pulang terus dari sana malam nanti.

Malangnya ekzos keretaku mengeluarkan asap putih berkepul-kepul hangit. Jawapannya terpaksa ke bengkel kereta untuk pastikan perjalanan balik nanti tidak tersangkut. Tukar minyak injin dan nasihat mekanik kereta itu kereta aku terpaksa dibedah. Tapi dia tidak ada kepakaran dalam hal itu. Hanya personal mekanik aku di Ipoh sahaja yang boleh merawat. Tawakkal, dan terus memandu kerumah Mak Mertua, makan tengahari dan kami anak beranak terus ke Ipoh. Jumpa mekanik kereta aku pada pukul 4.30 petang. Turbo rosak! Untuk rawatan lanjut kereta aku terpaksa di tinggalkan seharian di bengkelnya. Tapi mengikut ramalan mekanik itu, kereta aku dapat bertahan seminggu dua saja lagi.

Keputusanku, balik ke rumah dulu, selamatkan anak isteri dahulu. Masalah kereta tu boleh di selesaikan hari Isnin atau Selasa minggu depan nanti.

Masa yang masih ada, kami ke kedai runcit ‘low price’ untuk beli barang-barang dapur.

Semua dah lapar, kami makan rojak mamak kegemaran kami diIpoh. Dengan kereta yang sakit-sakit itu, pukul 10 malam baru kami sampai rumah. Rumah ‘so messy’, badan so tired, fikiran so crammed. So as so…tak dapat tidur sampai 5 pagi. Surfing dan Blog jadi sasaran.

Lastly, too many things to do, too many things to think, too many decision to make, too many problem to solve. Life goes on!!

5 Responses to Mak Masuk Wad (part II)

  1. adenna says:

    good luck…hope one by one will surely come to an ease..

  2. Anonymous says:

    Thanks Adenna… one by one hopefully two by two ke, three by three ke… kan best cam tu..

    Colorful life….

  3. adenna says:

    who knows maybe..

  4. biul says:

    mcm tu la kehidupan

  5. aida says:

    buat baik sesama manusia.. apalagi kedua ibubapa kita. besar pahalanya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: