Gone Fishing

fishingPernahkan anda berfikir tentang kehidupan? Saya juga pernah berfikir tentang kehidupan. Kita pernah di beritahu, atau pernah diajar bahawa dalam hidup kita mestilah mempunyai misi dan visi (mission and vision).

Apakah perbezaan antara dua itu? Untuk melihat dengan lebih baik tentang kehidupan, saya pernah berbincang dengan seorang teman rapat akan pendapat saya mengenai ‘pergi memancing’.

Jika hendak pergi memancing, kita perlulah mempunyai tujuan iaitu untuk menangkap ikan, tidak kira ikan kecil atau ikan besar. Walaupun kita tahu bahawa kita belum tentu mendapat ikan, tetapi kita berkeyakinan bahawa kita akan mendapat ikan jika kita pergi memancing dikawasan perairan yang ada ikan.

Dalam hidup juga demikian, kita haruslah menetapkan dalam fikiran bahawa kita mesti berkehendakkan sesuatu, inginkan sesuatu lalu kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan apa yang kita hajati. Untuk mendapatkan apa yang kita hajati maka kita perlulah mempunyai pengetahuan berkenaan dengan apa yang kita kehendaki, dimana hendak mendapat, apakah cara untuk kita mendapat, bilakah masa yang sesuai untuk kita mendapatkan hajat kita itu.

Untuk memancing, kita perlukan alat-alat memancing seperti joran, kail, tali pancing,  umpan dan lain-lain alat untuk melengkapkan keperluan bagi mendapat ikan.

Apakah alat-alat kita dalam kehidupan sekiranya kita menghendaki sesuatu? Alat-alatnya terdapat pada diri kita sendiri iaitu segala pancaindera yang dikurniakan tuhan kepada kita termasuklah akal fikiran.

Jika kita hanya mahukan ikan yang kecil, pergilah memancing di parit-parit atau lopak-lopak ikan. Sebaliknya jika mahukan ikan yang besar maka tempat yang sesuai adalah di laut sana!

Begitulah dengan laluan kehidupan, jika kita hanya menghendaki yang sedikit dan rendah mutunya maka kita tidak perlu pergi jauh atau pun tidak perlu melalui kesukaran-kesukaran. Malahan memang patut kita mendapat yang kecil, murah, kurang mutu atau yang ‘biasa-biasa’ sahaja  kerana kita kurang berusaha dan berkemungkinan malas dan takut mengharungi kesusahan dan keperitan hidup. ‘Manakan mendapat sagunya kalau tidak dipecahkan rumbia, juga merupakan bidalan kepada orang yang tidak mahu memecahkan rumbia.

Cuba lihat nelayan yang mengharungi laut luas yang tiada berdaratan, pulangnya dengan hasil tangkapan yang besar dan lumayan. Ikan yang diperolehi juga besar-besar kerana bukankah lautan itu besar dan luas.

Lihat pulalah kesukaran yang dialami oleh mereka yang pergi memancing dilaut. Ribut, taufan, ombak menggulung tinggi dan berhadapan dengan maut tetapi mereka tetap mengharungi dengan hati yang besar. Biar menangis, biar letih, biar menderita namun ditabahkan hati untuk meneruskan perjalanan. Hasilnya, memang memberangsangkan sesuai dengan apa yang dilalui.

Kepada aku dan anda yang sudi membaca coretan fikiran diatas, diharapkan menjadi dorongan kepada apa yang sedang ditempuhi.

Misi ‘mission’ adalah matlamat jangka pendek, manakala visi ‘vision’ adalah matlamat jangka panjang. Misi diperlukan untuk menemui visi. Persediaan-persediaan untuk pergi memancing, alat-alat memancing, tempat memancing dan pengetahuan memancing adalah ‘misi’. Visi adalah penghujung sesuatu kehendak. Mungkin tidak diperolehi tetapi tidak mustahil dimiliki.

Ku akhiri malam ini dengan Alhamdulillah…

2 Responses to Gone Fishing

  1. aida says:

    Insya’allah, semoga setiap yang baik kita usahakan akan mendapat balasannya. Cepat, lambat atau mungkin tidak diperolehi tetapi tidak mustahil dimiliki, tangan tetap menadah seluas langit…

  2. naz says:

    kekadang kita tidak punya kekuatan untuk membuat sesuatu…..kekadang terasa payah sangat untuk mengharungi ombak……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: