Suami dan Bilik Tidur

Kenapa harus dibincangkan tajuk ini? Penting sangatkah perkara ini? dibincangkan? Bagi sesetengah orang perkara ini adalah perkara remeh tetapi bagi yang lain urusan bilik tidur ini tidak kurang penting dalam kehidupan seharian. Tidak hairanlah bagi yang berkemampuan membelanjakan berpuluh ribu malah ratusan ribu ringgit hanya semata-mata untuk mengadakan dekorasi bilik tidur mereka.

Apa sebenarnya yang terdapat pada bilik tidur? Bilik tidur adalah tempat istirehat bagi suami isteri setelah seharian penat letih berkerja. Oleh itu situasi nyaman, segar, tenang dan selesa harus ada di dalam bilik tidur.

Dibilik tidur jugalah tempat suami isteri berdua-duaan berbincang, bersemuka, tidur dan melaksanakan tuntutan batin. Tidak juga dilupakan di bilik tidur juga dijadikan bilk untuk mengadap Tuhan, bersolat, membaca Quran dan berdoa.

Bukan sahaja isteri harus menjaga bilik tidur tetapi suami juga berkewajiban  menjaga bilik tidur. Menjaga beermaksud memelihara dan memastikan bilik tidur selesa, selamat, aman damai untuk di  diami. Didalam bilik tidur juga rahsia suami isteri harus disimpan. Di dalam bilik tidur juga dibenarkan untuk suami isteri membuka aurat manakala bagi isteri disinilah tempat membuka tudung dan membebaskan ikatan tudung yang menutupi kepala sepanjang hari dalam peluh, panas dan ketidak selesaan.

Walaubagaimanapun, isteri mempunyai tanggungjawab yang perlu dilakukan demi memastikan bilik tidur adalah ruang yang damai dan selesa untuk suaminya. Berikut adalah beberapa petua untuk memastikann bilik tidur anda kemas. Selepas itu akan kita bincangkan apakah kelebihan penjagaan bilik tidur ini dari perspektif suami atau lelaki.

Petua penjagaan bilik tidur adalah:
1. Pastikan tiada sampah bertebaran diatas lantai, sarang lelabah di siling.
2. Pastikan cadar bertukar selewat2nya seminggu sekali.
3. Pastikan juga bilik tidur tidak berbau.
4. Boleh gunakan alat-alat aromaterapi untuk menyahkan bau yang kurang menyenangkan.
5. Di samping wangian lain, dicadangkan anda menggunakan bauan lavender untuk pewangi bilik.
6. Bantal dan sarung bantal mestilah bersih.
7. Jangan biarkan tingkap bilik tidur berdebu.
8. Cicak selalu membuang najis di sekitar celah tingkap dan dinding. Bersihkan.
9. Cuci langsir bila langsir sudah kelihatan berdebu.
10. Jangan biarkan kain baju bergayutan di dinding, belakang pintu bilik dan di gantung merata=rata.
11. Susun dan lipat Pakaian didalam almari dengan kemas.
12. Meja solek juga perlu kemas dan rapi.
13. Jangan biarkan meja solek berdebu dengan bedak.
14. Susun botol-botol kosmetik dengan kemas dan jangan biarkan botol-botol dan bekas kosmetik yang tidak digunakan berlonggok diatas meja.
15. Cermin meja solek perlulah di lap apabila perlu.
16. Bilik air di bilik tidur juga perlu dibersihkan selalu supaya bau yang kurang enak dibilik air tidak meresap masuk kebilik tidur.
17. Jika bilik tidur di hapkan dengan permaidani, sekurang-kurangnya seminggu sekali permaidani ini perlu di ketuk diluar rumah untuk membuang debu yang terperangkap dan dijemur di panas matahari.
18. Sebaik-baiknya enam bulan sekali kedudukan perabut didalam bilik ditukar.
19. Jika boleh semasa merancang membeli rumah, pastikan kedudukan ruang solat tidak mengadap pintu bilik air.
20. Elakkan melunggokkan perabut didalam bilik tidur.
21. Beritahu anak-anak bilakah masa yang sesuai untuk mereka mengunjungi bilik tidur anda dan bagaimanakah adat bila mahu mengunjungi ibubapa dibilik tidur.
22. Jadikan satu adat kebiasaan dan difahami oleh semua orang bahawa bilik tidur adalah tempat rahsia dan larangan bagi orang-orang yang tidak berkenaan.
23. Kemas bilik tidur selepas bangun pagi terutamanya katil.

Senarai yang diberikan diatas merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian. Walaupun begitu banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian tertakluk kepada kehendak atau keperluan pasangan masing-masing.

Banyak Kelebihan bagi isteri jika perkara bilik tidur ini diberikan perhatian wajar. Antaranya, suami anda mungkin tidak pernah bersungut tentang kebersihan dan kerapian, tetapi semua ini disimpaan didalam hati suami yang mungkin malas untuk membuat teguran. Jika bilik tidur sebagai tempat istirehat suami tetapi bilik tidur itu jugalah umpama sarang burung maka berkemungkinan suami akan mencari bilik tidur yang lebih selesa diluar tanpa pengetahuan isteri. Berikan aroma dan aura yang menawan dan menyenangkan kerana ini mencerminkan keperhatinan isteri terhadap kebajikan suaminya.

Bilik tidur juga merupakan alat untuk melahirkan jiwa romantik dan kreatif bagi pasangan. Sebaik-baiknya bilik tidur ini adalah tempat terakhir yang mendamaikan bagi perjalan hidup seharian. Juga bilik tidur adalah tempat yang menggembirakan bila anda hendak memulakan hari dan meninggalkan rumah.

Motivasi berkenaan dengan bilik tidur harus di pelajari oleh suami isteri. Kerjasama suami isteri meesti ujud untuk memastikan keharmonian rumahtangga terjaga bermula dengan bilik tidur. Buat isteri-isteri, ambil beratlah urusan bilik tidur walaupun suami anda tidak merungut mengenainya. Belajarlah teknik dan petua dekorasi untuk menambahkan kreativiti menceriakan bilik tidur.

Harus diingat, kos dan perbelanjaan bagi menceriakan, menghias dan mengemaskan bilik tidur bukanlah merupakan halangan untuk isteri menyajikan persembahan emosi buat suami.

Akhirnya, ambillah langkah yang bijak untuk membuat perubahan fizikal dan minda untuk diri anda dan keluarga anda. Lihat, belajar dan laksanakan apa yang anda mampu demi kebahagiaan rumahtangga.

Selamat berjaya.

2 Responses to Suami dan Bilik Tidur

  1. Alejandra says:

    You post interesting posts here. Your page deserves much more visitors.
    It can go viral if you give it initial boost, i know very useful tool that can help you, simply type in google:
    svetsern traffic tips

Leave a comment