Mak Masuk Wad

Pukul 4 petang hari Khamis, 30/10/08 aku dapat SMS ringkas dari kakak aku di kampung “MAK MASUK WAD”. Terkejut dan dalam fikiran berfikir macam-macam. Langkah pertama talipon balik kakak dan tanya dia “Hang dimana?”, “Mak macamana?”. Dia jawab “Mak ada dalam wad tadi dia mai dengan aku, temankan aku nak ambil ubat di hospital, tiba2 dia gelap mata dan nadi dia kencang sangat. Aku pun suruh doktor check, tekanan darah dia tinggi 180, nadi dia kencang. Jadi kena tahan. Hang nak balik atau tak balik ikut suka hang..!”.

Dalam fikiran aku masa itu satu sahaja, “Mak aku hanya ada seorang..”. Perkara lain-lain yang ada dalam kepala ni boleh tolak tepi dahulu. Kerja, wang, temujanji, ‘phone calls to make’, ‘SMS to reply’, emails to read and respond’, clients urgent case, semua kena tolak tepi dahulu. Kemaskan meja dan beg, terus talipon ‘Mem’, “Mak sakit, ada di wad, kena balik, bersiap sedia”.

Setelah balik rumah bersiap sedia, berangkatlah anak-beranak ke kampung. Disebabkan waktu maghrib dah nak masuk, maka kami solat dulu dirumah, Solat Isya boleh buat Qasar kat mana-mana R&R atau tol di highway.

Tiga jam memandu, kepala biol-biol sikit, badan masih letih rasa kurang bermaya, mungkin kesan saikologi dan bebanan kerja tadi, termasuk pekara-perkara ‘to do’ dan ‘not to do’ sentiasa berlegar difikiran.

Aku manjangka akan sampai terus ke hospital dalam pukul 11 malam. Walaupun begitu kena berhenti sekejap di R&R kerana anak-anak kelaparan. Aku juga kelaparan. Nasib baik, ‘Mem’ cekap, selepas cakap di talipon tadi sempat menggoreng bihun, dan bawa periuk nasi beserta lauk pauk. Dalam sibuk-sibuk baru perasan sudu dan cawan tak bawa bersama. Jadinya, nasib baik ada senduk, maka semua anak-beranak gunakan satu senduk untuk menyudu bihun goreng. Cawan tak ada, tak apa sebab tidak susah nak dapatkan cawan. Beli sahaja air kat R&R.

Perjalanan diteruskan, sampai di hospital memang dalam pukul 11 malam. Kami tak boleh masuk dalam wad diwaktu begitu, Cuma boleh menjengah di tingkap sahaja. Tempat kakak aku yang sedang menunggu Mak di dalam wad akan digantikan oleh ‘Mem’ kerana hanya seorang perempuan dibenarkan menemani Mak di wad perempuan. Setelah berbincang, kakak aku akan berganti tempat dengan ‘Mem’ pada pukul 6 pagi nanti. Jadinya, kami akan menumpang tidur dirumah kakak aku pada malam Jumaat itu. Aku hantar anak-anak pergi kerumah kakak dan aku balik semula ke hospital.

Hati tidak senang, kami masih menunggu di hospital melihat perkembangan kesihatan Mak sehingga pukul 3 pagi. Mak masih lemah. Tangannya menggeletar, nafas tersekat-sekat, kepala masih pening, dia tak mampu bangun. Kami kena ‘on call’ malam itu.

Pukul 6 pagi selepas solat subuh, kami ke hospital lagi. ‘Mem’ berganti tempat dengan kakak. Kakak ada urusan penting di sekolahnya dan lagi dia akan datang berganti lagi dengan ‘Mem’ pada sebelah petangnya. Aku menjadi ‘supir’ kesana-kemari menguruskan makan pakai anak-anak dan kebanyakan masa aku ditingkap wad, dipangkin diluar wad dan kadang-kadang didalam kereta. Kepala masih biol. “Tak mengapa.. itu kan Mak aku!”

Kami bersarapan di kantin hospital bersama kakak.

(to be cont….)

5 Responses to Mak Masuk Wad

  1. nida08 says:

    arjuna, semoga mak arjuna segera sembuh………………………… sebagai anak, tiada apa yang dapat kita berikan untuk mak atas jasanya membesarkan kita, selagi dia masih ada, berikanlah apa yang terdaya untuknya….

  2. adenna says:

    hope she’s gonna be fine. Anything else we can look find a replace,but a mother there’s nothing in this world that can replace. Take care.

  3. arjuna says:

    Agreed with u Adenna. Mak takkan ada pengganti. Satu saja. Jasa dia tidak terbalas. Tengok sajalah contoh Arjuna ni, mak sakit, tapi anak-anak tak dapat jaga Mak sepertimana Mak jaga anak-anak siang malam tak tidur dan ada kala makan pun tak menentu. Bukan sehari dua dia jaga tu… bertahun-tahun sampai anak boleh bercakap berlari dan akhirnya keluar rumah meninggalkan mak kerana urusan sendiri.

  4. aida says:

    kata orang, apa yang kita lakukan pada ibu kita, itulah yang akan dilakukan oleh anak-anak kita kepada kita nanti. Sejauh mana kebenaran, bergantung byk pd cara kita mendidik anak juga. Apa pun Arjuna, u dah lakukan apa yang patut dan syukur u punya mem faham situasi keluarga. Kalau sibuk tak dapat menziarahi dia, boleh telefon tanya kabar.

  5. A lot of thanks for your entire efforts on this website. Ellie really loves engaging in research and it’s easy to see why. Most of us learn all concerning the dynamic medium you render good solutions via your website and recommend response from website visitors on that idea then my simple princess is now becoming educated a lot. Take advantage of the remaining portion of the new year. You’re the one doing a brilliant job.

Leave a comment