Berlari

Aku terbaca dari sebuah blog pribadi yang menceritakan tentang berlari. Jangan dipersoalkan kenapa dia berlari. Juga jangan cari sebab mengapa dia berlari. Itu kehendak dia, kesukaan dia, kemahuan dia dan dia selesa dengan berlari. Semua orang tahu ‘lari’, ‘berlari’dan melarikan diri adalah tiga perkataan yang berbeza tetapi mempunyai kata dasar yang sama yaitu ‘lari’. Semua orang juga pernah berlari, setidak-tidaknya jika dia tidak pernah berlari, dia ingin berlari.

Setelah membaca blog tersebut, aku mencari beberapa ‘quotation’ berkenaan dengan berlari dan menemui banyak rumusan motivasi berkenaan dengan ‘berlari’. Mari kita lihat salah satu maksud tersirat dari kata-kata hikmah ‘berlari’ tersebut.

“Every morning in Africa, a gazelle wakes up. It knows it must outrun the fastest lion or it will be killed. Every morning in Africa, a lion wakes up. It knows it must run faster than the slowest gazelle, or it will starve. It doesn’t matter whether you’re a lion or gazelle-when the sun comes up, you’d better be running.” – Unknown

Memang benar kehidupan manusia adalah seperti rusa di Afrika yang terpaksa berlari untuk menyelamatkan diri dari singa. Rusa berkenaan terpaksa berlari sepantas mungkin untuk menyelamatkan diri. Begitu juga dengan singa, apabila bangun saja dari tidur terpaksa juga berlari sepantas mungkin untuk menangkap rusa lalu dijadikan makanannya. Singa tersebut terpaksa mengejar rusa yang paling perlahan diantara yang banyak untuk dijadikan makanannya. Jika tidak singa tersebut akan kelaparan. Persamaan antara dua haiwan tersebut adalah mesti berlari walaupun tujuan mereka itu tidak sama. Yang satunya berlari untuk menyelamatkan diri manakala yang satu lagi berlari untuk mendapatkan makanan.

Begitulah juga dengan manusia, kita diumpamakan dengan dua haiwan tersebut, berlari, berkejaran dan berlumba untuk mendapatkan hajat kita. Kadangkala manusia itu juga menjadi rusa dan dimasa yang lain dia pula menjadi singa. Pokok pangkalnya kita semua mesti berlari dan mengejar dan dikejar untuk mencapai perubahan setiap hari.

Adakah kita akan sentiasa berada di takuk yang sama setiap hari. Jika kita pada hari itu menjadi rusa, sanggupkah kita duduk diam melihat rusa yang lain berlari? Sanggupkah kita menjadi malas berlari? Atau bolehkah kita lupa berlari? Jika kita duduk diam, malas dan lupa berlari maka tunggulah akibat malang nasib kita.

Jika kita menjadi singa pula pada hari itu, bolehkah kita berdiam diri, menjadi malas dan menongkat dagu. Jika itu lah kelakuan kita maka akan matilah kita dalam kebuluran.

Bagi rusa dan singa, berlari adalah untuk memastikan keselamatan terjamin, mungkin peluang untuk kita terus hidup adalah lebih cerah dengan berlari daripada berdiam diri.

Dalam filem trilogi ‘Sepi’ tokay kilang kasut, Sufi ditanya tentang mengapa dia berlari. Adakah dia berlari untuk mendapatkan sesuatu ataupun dia berlari dari sesuatu? Secara berhemahnya dia berlari untuk dua tujuan mendapatkan sesuatu dan lari dari sesuatu. Sufi menjadi rusa dan sekaligus menjadi singa.

Menjadi rusa bermakna kita menjadi mangsa. Manakala menjadi Singa bermakna kita menjadi pemangsa. Aku juga seperti manusia lain setiap hari menjadi mangsa dan setiap hari menjadi pemangsa.

Semasa didalam karekter mangsa, kita akan bersungguh-sungguh berfikir bagaimanakah untuk menyelamatkan diri dari manjadi habuan pemangsa. Terpaksalah mengadakan benteng-benteng pertahanan diri, menjauhkan diri dan berusaha menjadi lebih kuat dari pemangsa. ‘backup your self’ atau ‘mind your own ass’, adalah antara kata-kata yang selalu kita dengar bermaksud bersedialah atau berwaspadalah dengan menjaga diri sendiri. Tidak boleh kita mengharapkan orang lain untuk menjaga diri kita. Kerana orang pun terpaksa menjaga dirinya sendiri.

Diwaktu yang lain pula, sewaktu kita menjadi pemangsa, kita terpaksa menjadi lebih kuat, lebih pantas, lebih cekap dan lebih bijak dari orang lain. Dengan itu barulah kita boleh mendapatkan apa yang kita hendak. Jika hendak memiliki dan memandu Mercedes lampu bulat, mata kacang atau ‘Avant Garde’, terpaksa lah kita berusaha lebih, berpendapatan lebih dan mengekalkan status pencapaian itu. Untuk mencapai status demikian bukanlah mudah dan tidak semua orang mampu memilikinya, hanya orang-orang tertentu dan terpilih sahaja.

Kesimpulannya, kehidupan ini mempunyai banyak tamsilan yang boleh dijadikan ikutan dan boleh dijadikan pengajaran. Berlarilah kita setiap hari tanpa jemu sehingga kita ditakdirkan menjadi mangsa. Begitulah juga berlarilah kita setiap hari untuk mendapatkan rezeki sehingga kita ditakdirkan kalaparan lalu mati. Banyakkan bersyukur dengan apa yang diberikan pada kita lalu berusaha tanpa jemu. Terimalah kenyataan bahawa kita adalah seperti rusa dan singa yang terpaksa berlari. Berlari dari sesuatu dan berlari mendapatkan sesuatu.

8 Responses to Berlari

  1. adenna says:

    saye dah sakit2 badan dah sal berlari banyak sangat…hehehe

  2. arjuna says:

    banyak sgt lari…lari kemana?

  3. adenna says:

    berlari mencari ilham..

  4. arjuna says:

    oo.. ilham untuk buat filem ke adenna?

  5. adenna says:

    tu ahmad ilham klu i nak buat film..hehehehe…

  6. arjuna says:

    tak nak ahmad ilham.. nak afdlin jugakkk..

  7. adenna says:

    tak nak sape2..nak tido jugak…heheh..nite

  8. arjuna says:

    huhu….

Leave a comment