Small Minded and Limited Minded

Seekor anak gajah telah di bela untuk dijadikan gajah sarkas. Untuk mengelakkan dari anak gajah tersebut melarikan diri, anak gajah tersebut telah diikat dengan rantai besi di kakinya. Tujuan lain anak gajah tersebut diikat dengan rantai adalah untuk menjinakkan dan membolehkan anak gajah tersebut diasuh untuk melaksanakan aksi-aksi sarkas menurut kemahuan tuannya.

Sehinggalah dewasa, gajah tersebut masih juga diikat dengan rantai yang sama. Walaupun secara logiknya gajah tersebut telah besar dan boleh memutuskan rantai dengan sekali rentap sahaja tetapi gajah tersebut tidak melakukannya. Kenapa?

Ini ada kaitannya dengan pemikiran yang sempit, disempitkan sehinggalah pemikiran gajah tersebut telah dihadkan. Gajah tersebut telah menetapkan dalam dirinya bahawa dia tidak boleh memutuskan rantai besi tersebut walaupun dia telah besar dan walau apapun yang terjadi.

Begitulah halnya dengan manusia yang kadangkala telah menghadkan fikiran kepada satu tahap yang tidak boleh diubah-ubah lagi. Pepatah ‘beras secupak, tidak boleh jadi segantang’ tidak boleh dijadikan sebagai pegangan orang-orang Melayu Islam khasnya. Tetapi kebanyakan manusia seolah-olah merasakan bahawa mereka tidak ada lagi peluang, tidak boleh lagi bergerak kehadapan lalu memberikan alasan-alasan putar belit yang menyokong tindakan mereka.

Mahukah kita menjadi seperti anak gajah sarkas tersebut yang apabila besar masih menjadi hamba tidak mahu berubah sedangkan perubahan boleh dibuat. Tambahan pula perubahan tersebut ada di depan mata kita sahaja. Kita lebih rela melihat peluang-peluang berlalu begitu sahaja. Peluang-peluang tersebut kadangkala direbut oleh orang lain dihadapan kita manakala kita hanya menjadi pemerhati. Malasnya kita untuk melihat kehadapan dan mengambil risiko atau untuk mengambil peluang yang ada didepan mata.

Dalam bidang agama pun begitu juga. Cuba anda perhatikan di kedai-kedai dan supermarket, contohnya berapa banyakkah kicap keluaran bumiputera yang telah mendapat HACCP atau sijil halal yang diakui di peringkat antarabangsa. Bagaimanakah Lee Kum Kee berjaya mendapatkan HACCP dan boleh menembusi pasaran antarabangsa umat Islam. Umat Islam sendiri tidak peka dengan peluang-peluang tersebut lalu dibiarkan sahaja kepada bangsa lain bukan Islam yang mempunyai kreativiti lalu menjadi pembekal terbesar kepada umat Islam.

Bagaimanakah orang-orang Islam yang mempunyai kitab suci Al Quran dan menubuhkan akademi-akademi Al Quran serta pengajian Al Quran dan Sunnah di universiti-universiti tempatan. Adakah pengajian Al Quran itu hanya berguna untuk menghukum apakah yang halal dan apakah yang haram sahaja? Adakah pengajian Al Quran itu hanya untuk mendengar Qari dan Qariah membaca dengan alunan merdu sahaja? Dimanakah nilai tambah apabila wujudnya pusat-pusat pengajian Al Quran dan Sunnah. Padahal, orang-orang dari agama lain lebih dahulu melaksanakan keperluan asas orang-orang Islam dari segi makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Nampaknya, jika pusat-pusat pengajian Islam tidak dapat melahirkan tokoh-tokoh dan juga pembaharuan untuk dinikmati dan diamalkan Umat Islam amnya dan orang-orang Melayu khasnya maka jadilah pusat-pusat tersebut dan pelajar-pelajarnya menjadi seperti anak gajah sarkas.

Bacalah Quran berhari-hari, lagukan Al Quran semerdu-merdunya, pertandingkan setiap tahun tetapi kalau isi Al Quran tidak digali dan diterangkan kepada umatnya maka sampai bila pun kita akan menjadi gajah sarkas. Kaki diikat, pemikiran sempit, jumud dan tidak mempunyai daya kreativiti yang boleh membawa perubahan kepada orang-Orang Islam.

Jika dahulu bidalan ‘Quran Buruk’ di tujukan kepada sesuatu yang dihormati tetapi disebabkan keuzurannya, dia masih disimpan dan kita tidak boleh senang-senang membuangnya. Begitulah terjadinya kepada yang bergelar intelektual Islam di mana-mana sahaja pelusuk dunia. Yang boleh hanya bertelagah, merebut kuasa, mendabik dada dan cuba menjatuhkan umat Islam yang lain tanpa mengira berapa lamakah masa yang akan diambil untuk mengwujudkan satu tamadun dan berapa lamakah masa yang telah kita bazirkan semenjak kita bertelagah sesama sendiri.

Mungkin jadi gajah sarkas lebih baik dari manusia yang tidak mahu berubah, kerana gajah sarkas tidak menganggu orang dan boleh memberi hiburan pula.

3 Responses to Small Minded and Limited Minded

  1. artikel yang menarik…

  2. arjuna says:

    Peluang peluang… kan kita ni selalu ada peluang, peluang-pe,uang terbuka sebagai peluang untuk kita mendapatkan peluang. Tapi ingat2 lah bahawa peluang-peluang bukan untuk digunakan bagi mendapatkan peluang diri kita sahaja, bukan untuk mendapatkan peluang meraih keuntungan kewangan dan kebendaaan dari orang lain. Sebaiknya peluang-peluang harus memikirkan siapakah yang patut mendapat peluang juga dari peluang-peluang yang terbuka didepan kita. Adakah peluang-peluang itu juga merupakan peluang bagi orang lain?

  3. nida08 says:

    adakah peluang untuk ku bersamanya lagi?………… hu hu hu hu

Leave a comment