I guess You knew it…

July 15, 2008

Ada beberapa istilah atau ‘jargon’ yang digunakan dalam dunia perniagaan yang jarang-jarang di fahami. Bertolak dari itu.. ada lebih baik (pinjam slang P. Ramlee) kita lihat sedikit-sebanyak istilah dan ‘jargon’ tersebut mudah-mudahan ada gunanya.

Karat

Satu ukuran ketulinan emas. Emas 24 karat (carat) adalah emas 100% tulin tanpa campuran bahan-bahan lain. Emas 12 karat madalah emas 50% tulin. Mungkin 50% selainnya adalah aloi. Emas tulin adalah lembut, oleh itu sesiapa yang mahukan barang kemas yang tetap bentuknya maka emas 100% tulin adalah tidak sesuai.

Modal

Wang yang digunakan untuk menjalankan perniagaan. Istilah ini tidak begitu sesuai digunakan tanpa ditambah sifat-sifat kepada Modal tersebut seperti Modal Pusingan atau ‘Working Capital’, Modal berbayar atau ‘paid-up capital’ (modal yang dibayar oleh pemegang saham), Modal yang dibenarkan atau ‘Authorize Capital’ (had jumlah modal yang boleh dinaikkan yang dibenarkan dalam Memorandum Syarikat), dan yang paling penting pada bank adalah modal bebas atau ‘free capital’ (modal berbayar, Rezab dan Bond tolak jumlah wang yang terikat dalam harta tetap ‘fixed asset’, alat-alat dan pelaburan)

eg:

Free Capital = (paid-up capital + Reserve + Bond) – (Fixed Asset + Equipment + investment)


Bahaya!! ‘Sulfur Dioxide’ dalam Buah Mata Kucing

July 15, 2008

Dari Akhbar Kosmo:

Dari kajian didapati setiap kilo buah mata kucing terdapat lebih 30mg Sulfur Dioxide. (Had diluluskan adalah 30mg sahaja). De Lila Mohd Meeran (Pengarah Kesihatan Kelantan) berkata jabatannya kerap mendapati kandungan sulfur dioxide digunakan secara berlebihan untuk mengelakkan buah mata kucing dari rosak dan berkulat.

Sulfur dioxide digunakan untuk mengawet warna dan tekstur buah mata kucing. Kesan dari makan buah tersebut secara berlebihan akan mengakibatkan sakit kepala, gatal-gatal kulit dan peluh berlebihan.

Dr. Lila menasihatkan pengguna  jangan menggigit kulit buah tersebut semasa mengupas.  Buah mata kucing hendaklah di basuh  sebaik-baiknya untuk mengurangkan  kandungan sulfur dioxide pada kulit buah mata kucing.


Ahli Politik Mesti Mula Bekerja, Jadikan Malaysia Tempat Yang Lebih Baik

July 15, 2008


Saya adalah seorang warganegara Malaysia dan saya telah mengikuti perkembangan politik dan ahli politik di dalam negara kita.Amat menyedihkan, biarpun dari parti pembangakang atau parti pemerintah kesemua mereka berkelakuan yang sama. Tujuan utama mereka hanyalah satu iaitu agenda pribadi.

Setiap hari apa yang anda dapat dengar dan lihat di media adalah konflik antara mereka sendiri. Tidak ada seorang pun ahli politik yang nampak betul-betul tulin hendak menjadikan Malaysia sebuah tempat yang selesa didiami.

Media juga terlalu melapurkan tentang kehidupan Saiful seolah-olah beliau adalah seorang hero dan seolah-olah dia sahaja yang mempunyai masalah.

Kita sebenarnya tidak perlu risau tentang Saiful, sebab jika beliau ada masalah beliau akan pergi mengadu terus kepada Timbalan Perdana Menteri. Tetapi bagi kita yang punya masalah, kemanakah kita hendak mengadu? Wakil rakyat?

Bila ada pilihanraya, andalah rakan andalah kawan. Jika anda menaiki basikalmereka juga akan menaiki basikal. Jika anda berjalan berkaki ayam, mereka juga akan berkaki ayam.

Kita tidak peduli bila harijadi Saiful dan apakah yang di katakan oleh tunangnya. Apa yang perlu kita lihat di akhbar dan dari ahli politik adalah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Adakah itu susah sangat untuk bertanya?

Saya amat sayangkan negara ini dan berharap agar ahli politik mula bekerja sepertimana yang diharapkan oleh rakyat: Untuk membuatkan Malaysia tempat yang lebih baik, selesa dan selamat utuk didiami bukan sahaja untuk mereka yang ‘rich and famous’ kaya dan terkenal.

Stephen Andrew – Pasir Gudang

Alihbahasa dari The Star (Views Section) 15/07/08

Tambahan Penulis:

Pepatah dari Karam Singh Walia:

  • Sembunyi-sembunyi puyoh, kepala tersorok ekor terkeluar.
  • Kuat pokok kerana akarnya, kuat akar kerana tanahnya.