Right Here Waiting – Richard Mark

July 15, 2008
Oceans apart day after day And I slowly go insane I hear your voice on the line 
But it doesn't stop the pain If I see you next to never How can we say forever 
Wherever you go Whatever you do I will be right here waiting for you Whatever 
it takes Or how my heart breaks I will be right here waiting for you I took for 
granted, all the times That I though would last somehow I hear the laughter, 
I taste the tears But I can't get near you now O, can't you see it baby You've 
got me goin' CrAzY Wherever you go Whatever you do I will be right here 
waiting for you Whatever it takes Or how my heart breaks I will be right here 
waiting for you Iwonder how we can survive This romance But in the end if I'm 
with you I'll take the chance Oh, can't you see it baby You've got me goin' 
cRaZy Wherever you go Whatever you do I will be right here waiting for you 
Whatever it takes Or how my heart breaks I will be right here waiting for you

Dari mana datangnya…

July 15, 2008

Bahasa berkias pada pantun Melayu semakin membawa erti yang mendalam. Lihatlah betapa syahdunya gambaran percintaan diukir dalam bait2 dan rangkap2 pantun yang seimbang.

jika tidak kerana bulan,
masakan air pasang pagi?
jika tidak kerana tuan,
masakan saya datang ke mari?

anak angsa terenang-renang,
itik jati dalam perahu;
duduk jauh terasa bimbang,
duduk dekat terasa malu.

gelang emas di atas peti,
ambil lampu padam pelita;
barulah puas rasanya hati,
jika dapat bertentang mata.

dari mana punai melayang?
dari paya turun ke padi;
dari mana datangnya sayang?
dari mata turun ke hati

apa guna pasang pelita
kalau tidak dengan sumbunya?
apa guna bermain mata
kalau tidak dengan sungguhnya?

apa tanda hari nak petang?
anak merbah terciap-ciap;
apa tanda cinta nak datang?
darah di dada gerap-gemirap.

tinggi-tinggi si matahari,
anak kerbau mati tertambat;
sudah lama saya mencari,
baru sekarang saya mendapat.

layang-layang sambar kenari,
madu kelapa dalam tampiran;
hancur luluh rasanya hati,
jika tidak memandang tuan.

burung merpati meniti batang,
terbang kumbang meniti udara;
wajah tuan bila ku pandang,
bagai melihat pintunya syurga.

kuda kelabu menyeberang,
terendam hati pelananya;
hati gila mabuk seorang,
tuanlah sebab kerananya.

bunga rampai di dalam puan,
bunga selasih di dalam peti;
sebelum jumpa dengan tuan,
sungguh hidup serasa mati.


PERKESO: Orang mati boleh dapat duit…

July 15, 2008

Perkeso, PENCARUM mungkin tidak tahu, atau tidak perasan atau tidak diberitahu ialah tentang FAEDAH PENGURUSAN MAYAT.

Faedah akan dibayar (boleh dituntut) dari perkeso sekiranya pencarum meninggal dunia akibat sebarang sebab. Pembayaran faedah akan dibayar kepada waris atau pihak yg menanggung perbelanjaan pengkebumian.

Amaun yang diberi adalah RM 1,500.00 atau kos sebenar pengkebumian (yang mana lebih rendah) berdasarkan resit yang dikemukakan.

JIKA ADA SAUDARA-MARA, JIRAN ATAU KAWAN-KAWAN YANG MENINGGAL TOLONG SELIDIK / BERITAHU  KELUARGA SIMATI TENTANG PERKARA NI DAN WAWARKAN/SAMPAIKAN MESEJ INI KPD ORG DISEKELILING KITA. SEMOGA DGN INI KITA SEMUA MENDAPAT KEBERKATANNYA ….INSYALLAH.